Now Reading
Mengapa Mata Wang Kripto Lebih Baik daripada Wang Fiat?

Mengapa Mata Wang Kripto Lebih Baik daripada Wang Fiat?

why crypto-techcryption

Sistem barter adalah sistem urus niaga yang terawal digunakan oleh manusia untuk berurusan sesama sendiri. Kemudian, mereka menggunakan sesuatu yang seragam seperti kulit kerang, seterusnya menggunakan pelbagai jenis logam dan akhirnya menggunakan kertas. Kini, wang kertas juga berubah dan mula menggunakan plastik untuk menambah ketahannya.

Kini, evolusi masih lagi berlaku dimana transaksi menggunakan kad diperkenalkan, seterusnya transaksi dalam talian, yang membawa manusia ke era maya untuk memudahkan urusan harian mereka.

Evolusi wang terbaru adalah pada mata wang kripto, ia bersifat maya dan mempunyai nilai yang tinggi. Mata wang kripto adalah mata wang digital yang dilengkapi ciri kriptograf dan menggunakan internet untuk melakukan transaksi dengan selamat.

Walaupun Bitcoin sering dikaitkan dengan mata wang kripto, sebenarnya terdapat lebih dari seribu jenis mata wang kripto yang ada di luar sana. Tidak dinafikan bahawa Bitcoin (BTC) adalah mata wang pertama yang dicipta dan masih lagi berada di carta teratas diikuti pelbagai mata wang kripto yang lain seperti Ethereum, Litecoin, Tether dan sebagainya.

Apa yang boleh digunakan dengan mata wang kripto? Berikut adalah beberapa fungsi dan kelebihan menggunakan mata wang kripto.

Mata wang kripto bukan sahaja boleh digunakan untuk membeli barangan biasa, kini ia boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan. Mata wang kripto boleh digunakan untuk membayar hotel, tiket penerbangan, restoran, barang kemas, aplikasi, barang komputer dan yuran kolej.

Kelebihan utama menggunakan mata wang kripto adalah ia melakukan transaksi pantas merentas sempadan dengan kadar kos yang murah seperti Bitcoin Cash (BCH), Litecoin (LTC) dan Stellar (XLM).

Pelabur juga pasti berminat untuk menggunakan mata wang kripto untuk melabur dalam startup baharu. Ini kerana startup baru memanfaatkan Initial Coin Offering (ICO) untuk mendapatkan modal perniagaan mereka. Serupa seperti Initial Public Offering (IPO) yang menggunakan wang fiat, ICO pula menggunakan mata wang kripto yang stabil seperti BTC, atau Ether (ETC). Sesiapa sahaja boleh melabur dengan mata wang kripto tidak mengira tahap kepakaran.

Mata wang kripto juga boleh digunakan untuk melakukan transaksi peribadi seperti mata wang PIVX, Zcash (ZEC) dan Monero (XMR). Ini memberikan kemudahan untuk pengguna yang tidak suka berurusan dengan pihak bank kerana maklumat tambahan yang mereka perlu berikan serta membazir masa.

See Also

Mata wang kripto juga tidak boleh dibekukan oleh mana-mana pihak seperti bank atau pihak berkuasa lain kerana ia tidak boleh diakses sembarangan.

Terdapat juga platform dalam talian yang menawarkan insentif dalam bentuk mata wang kripto untuk pengguna yang menerbitkan isi kandungan berkualiti tinggi. Steemit adalah platform yang menawarkan kelebihan seperti ini.

Kini, kebanyakan teknologi menawarkan perkhidmatan secara awan (cloud) kerana gaya hidup yang sentiasa bergerak pantas. Situasi ini dimanfaatkan oleh syarikat yang menyewa simpanan awan tidak berpusat berasaskan blockchain seperti Storj. Untuk pengguna yang menjadi tulang belakang Storj akan diberikan mata wang kripto.

Akhir kata, mata wang kripto adalah hasil penggunaan mata wang tradisional ataupun mata wang fiat. Namun yang demikian, mata wang kripto mempunyai potensi yang lebih besar dan mempunyai kelebihan yang tidak dapat diberikan oleh wang fiat.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top