Now Reading
Peniaga bakal terima Ethereum melalui BitPay

Peniaga bakal terima Ethereum melalui BitPay

BitPay merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan bayaran menggunakan Bitcoin. Syarikat yang telah menguruskan berbilion transaksi Bitcoin dan Bitcoin Cash untuk peniaga dan syiling stabil (stabil coins) setiap tahun. Mereka bercadang untuk meluaskan lagi perkhidmatan mereka untuk Ethereum kelak berdasarkan pengumuman mereka baru-baru ini.

Dalam laporan akhbar BitPay, pengguna boleh menyimpan mata wang Ether disamping memberikan ciri tambahan iaitu tambah nilai untuk pemegang kad prabayar Visa Bitpay. Syarikat yang bekerjasama dengat BitPay seperti Microsoft, Newegg, Dish Networks, FanDuel akan membenarkan pengguna untuk menikmati kemudahan membeli belah menggunakan Ether.

Pengasas bersama dan pencipta Ethereum, Vitalik Buterin meluahkan rasa teruja kerana dengan langkah integrasi antara Ether dan perkhidmatan bayaran bersaiz global bakal membuka banyak kemungkinan dan potensi dalam ekosistem mata wang kripto.

Bercakap tentang pelancaran itu, CEO Bitpay, Stephen Pair menyimpulkan bahawa Ethereum adalah pilihan terbaik kerana disamping ia adalah mata wang kripto kedua terbesar mengikut saiz pasaran, Ether juga beroperasi di pelbagai jenis organisasi terkenal.

See Also
Illinois Legalizes Blockchain Contracts-techcrytion-01

Walaupun pengumuman telah dibuat, masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top