Now Reading
Petro Dilancarkan Sebagai Penyelamat Ekonomi

Petro Dilancarkan Sebagai Penyelamat Ekonomi

Petro-techcryption

Bank Negara Venezuela hampir berjaya untuk menjadi institusi kewangan pertama di negara yang memberikan pilihan kepada pelanggan mereka untuk membuat transaksi bayaran menggunakan wang fiat atau mata wang kripto mereka iaitu Petro.

Petro adalah mata wang digital atau mata wang kripto yang dilancarkan oleh kerajaan Venezuela pada bulan Februari 2018. Tindakan yang diambil oleh bank negara tersebut adalah langkah kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi Venezuela dan seiring dengan arahan Presiden mereka Nicolas Maduro untuk memberi tindak balas terhadap perkara berkaitan mata wang kripto awal bulan Julai.

Untuk memperuntukkan 1 juta mata wang kripto Petro ke dalam dompet kripto untuk orang muda Venezuela, presiden negara itu meluluskan belanjawan sebanyak $924 juta bolivar (RM 190,465).

Walaupun bank negara Venezuela tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, pelanggan bank itu menyedari ciri baru itu di laman web mereka beberapa jam yang lalu.

Ketika ini, pelanggan hanya boleh membuat kiriman Petro melalui dompet web rasmi serta saluran Criptolago, Bancar dan Amberes untuk dagangan. Nilai satu token Petro dianggarkan dalam $60 (RM251).

See Also
iTRACE adds Android support for blockchain product authentication-Techcryption

Antara ciri lain yang didapati di laman mereka adalah menu untuk memilih mata wang kripto lain seperti memberi gambaran bahawa bank negara itu akan menambah jenis mata wang kripto yang boleh digunakan pada masa akan datang.

Penduduk Venezuela hampir pasti dapat menjalankan transaksi mata wang kripto kepada wang fiat melalui Bank Negara Venezuela kelak.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top