Now Reading
Mata wang kripto diharamkan, 10 tahun penjara

Mata wang kripto diharamkan, 10 tahun penjara

header-of-crypto-ban-in-india-techcryption-01

India mengharamkan mata wang kripto dan mengusulkan 10 tahun penjara kepada mereka yang menempa, menjana, menyimpan, menjual, mengirim, melupuskan, dan berurusan dengannya dalam draf rangka undang-undang mereka baru-baru ini.

Walaupun draf rangka undang-undang itu masih belum dibahas secara rasmi oleh pakar perundangan, langkah yang cuba diambil oleh kerajaan India telah dijangka oleh pelabur teknologi dan pemilik perniagaan.

Niscal Shetty, CEO dan pengasas WazirX meluahkan rasa tidak setuju kerana beliau berpendapat bahawa India adalah negara yang bergantung kepada sektor perkhidmatan dan niat kerajaan akan membuatkan India ketinggalan serta menghapuskan banyak peluang pekerjaan. Malah, industri kripto diramalkan akan bernilai $10 trilion dalam tempoh lima tahun tidak dapat direalisasikan.

Tambahan beliau lagi, kejadian baru-baru ini juga mungkin merosakkan kestabilan perniagaan sedia ada dan menghakis aset lebih lima juta penduduk India yang memiliki aset digital.

See Also
IT Personnel at Ukraine’s State Judicial Administration Charged with Illegally Crypto Mining-techcryption

Sidharth Sogani, CEO kepada Crebaco Global dalam laporan beliau meramalkan pasaran mata wang kripto akan mengalami kerugian sebanyak $12.0 bilion jika keputusan kerajaan diteruskan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top