Musim mata wang kripto alternatif

is it alt season yet-techcryption

Dalam tempoh 24 jam lepas, pergerakan mata wang kripto alternatif (altcoins) menunjukkan peningkatan berbanding Bitcoin. Mata wang kripto seperti Ether (ETH) dan Ripple (XRP) mencatatkan peningkatan sehingga 6% – 10% dengan jumlah dagangan yang besar. Tidak terkecuali mata wang kripto seperti Stellar (XLM), Binance Coin (BNB) dan Litecoin (LTC) melonjak di antara 2.5% – 9% seperti yang dilaporkan oleh Coin Desk.

Adalah mustahil untuk menjangka naik dan turun pasaran mata wang kripto kerana sifatnya yang sukar dijangka serta berisiko tinggi. Namun begitu, pasaran modal pada 17 September menunjukkan peningkatan untuk XRP dan ETH dikala BTC menunjukkan penurunan.

Namun begitu, pelabur pasaran mata wang kripto mempunyai ramalan yang berbeza sama ada musim ‘buah’ mata wang kripto alternatif sudah tiba. Salah seorang pelabur yang memiliki akaun YouTube bernama Crypto Hedge menjangkakan musim itu akan tiba. Menurutnya, indeks BTC menunjukkan beberapa kelemahan manakala pasaran modal mata wang kripto alternatif menaik dan ianya meyakinkan pelabur.

See Also
bitcoin forecast-techcryption

Hakikatnya, amat sukar untuk meramal atau menjangka musim ini merupakan musim terbaik tetapi tindakan pelabur mula cenderung kepada mata wang kripto alternatif dan mengharapkan keputusan mereka bakal membuahkan hasil.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top