Now Reading
Waste2Wear daripada plastik ke pakaian bersama blockchain

Waste2Wear daripada plastik ke pakaian bersama blockchain

Sebuah syarikat dari Belanda telah mempersembahkan koleksi pakaian mereka yang dihasilkan menggunakan fabrik daripada plastik kitar semula dan disahkan melalui teknologi blockchain di pesta tekstil antarabangsa Premiere Vision di Paris.

Menurut Waste2Wear, mereka ingin menjadikan industri tekstil kitar semula lebih telus dengan teknologi blockchain. Setiap rekod perjalanan sisa plastik akan direkod sehingga ia menghasilkan produk tekstil. Dengan teknologi ini, Waste2Wear dapat mengenal pasti sumber asal sisa plastik dan akan dikongsi bersama pelanggan mereka. Cara ini dapat membuktikan bahawa bahan-bahan mereka adalah hasil kitar semula yang asli.

Fabrik Waste2Wear datang dari perairan China di mana nelayan yang hilang punca pendapatan kerana larangan kerajaan. Syarikat itu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu bekas nelayan dengan membayar upah untuk usaha mereka mengutip dan mengumpul sisa plastik.

See Also
cambodia crypto-techcryption

Bahan daripada plastik kitar semula mempunyai serat semulajadi yang memberikan keselesaan kepada pemakai. Oleh itu, fabrik yang dihasilkan oleh Waste2Wear adalah berkualiti tinggi dan mereka mempunyai banyak jenis pakaian seperti pakaian sukan, kerja, fesyen, uniform dan beg sekolah.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top