Now Reading
5 Mata Wang Kripto Utama

5 Mata Wang Kripto Utama

Top-5-crypto-techcryption

Setakat ini terdapat lebih dari 2000 jenis kriptowang yang aktif menurut laman coinmarketcap.com dan jumlah tersebut pasti akan bertambah lagi pada masa hadapan. Jika anda masih baharu dalam komuniti ini, berikut adalah 5 kriptowang yang utama berdasarkan saiz dan jumlah pelaburan dalam pasaran.

BITCOIN (BTC)

Pada tahun 2008, domain bitcoin.org telah didaftarkan. Pada 31 Oktober 2008 pula, satu kertas kajian telah diterbitkan bertajuk ‘Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System’ ditulis oleh Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin. Sehingga kini, identiti sebenar beliau masih lagi misteri.

Kertas kajian itu memberikan rangka pelan untuk melaksanakan transaksi menggunakan rakan-ke-rakan ataupun P2P. Seterusnya, pada 3 Januari 2009, rangkaian Bitcoin diwujudkan dan beliau telah memiliki blok ‘0’ atau diberi jolokan ‘blok genesis’ yang mengandungi 50 Bitcoin sebagai ganjaran.

Sehingga kini, Bitcoin adalah kriptowang yang teratas dengan pasaran pelaburan lebih $230 bilion dan nilai paling tertinggi dicatatkan untuk seunit adalah $19,000.

ETHEREUM (ETH)

Ethereum dilancarkan pada 30 Julai 2015 oleh Vitalik Buterin. Beliau adalah seorang penyelidik dan pengaturcara untuk Bitcoin Magazine. Beliau mempunyai hasrat untuk menjadikan Ethereum sebagai satu platform untuk pemaju yang lain mengasaskan teknologi blockchain.

Ethereum adalah platform ‘open-source’ menggunakan teknologi blockchain dan memperkenalkan fungsi ‘smart contract’. Ether pula adalah token yang dihasilkan berdasarkan platform Ethereum.

RIPPLE (XRP)

Ripple adalah sistem penyelesaian perolehan masa nyata ataupun Real-Time Gross Settlement System (RTGS), tukaran wang asing dan rangkaian kiriman wang yang dicipta oleh Ripple Labs Inc, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat.

Ripple juga adalah sebuah platform dan juga kriptowang. Sistem ini menerima token pengganti untuk wang fiat, kriptowang, atau unit lain yang mempunyai nilai. Ia juga direka untuk mempercepat dan mempermudah transaksi dengan lebih murah.

Tidak seperti Bitcoin dan Ethereum, Ripple tidak menggunakan teknologi blockchain tetapi ia menggunakan teknologi tersendiri yang telah dipatenkan dipanggil, Ripple Protocol Consensus Algorithm (RPCA).

BITCOIN CASH (BCH)

See Also
CZ Binance Makes BTC Price Prediction-TECHCRYPTION-01

Bitcoin Cash dicipta kerana masalah yang dihadapi oleh Bitcoin. Pada Mei 2017, proses bayaran Bitcoin memakan masa selama 4 hari melainkan pengguna membayar sejumlah yuran, ini merugikan transaksi bersaiz kecil. Pada 1 Ogos 2017, satu kod baru telah dilaksanakan dan Bitcoin Cash dicipta.

Kod tersebut dipanggil SegWit atau ‘segregated witnesses’ dan membawa perubahan berikut:

  1. Meningkatkan jumlah transaksi yang wujud dalam sesebuah blok
  2. Mengurangkan yuran transaksi
  3. Mengurangkan saiz transaksi individu
  4. Tempoh pengesahan transaksi lebih pantas kerana tempoh menunggu berjaya dikurangkan.

EOS (EOS)

EOS adalah satu infrastruktur berkuasa untuk aplikasi ‘decentralized’, berasaskan teknologi blockchain, memudahkan pembangunan sistem, pengehosan atau ‘hosting’, dan pelaksanaan aplikasi ‘dicentralized’ atau ‘dApps’.

EOS mempunyai dua elemen iaitu EOS.IO dan token EOS. EOS.IO adalah sistem operasi komputer yang mengurus dan mengawal rangkaian blockchain EOS. Ia menggunakan seni bina blockchain dan berupaya menghasilkan penskalaan tegak dan melintang untuk aplikasi ‘decentralized’ atau dApps. Token EOS pula adalah kriptowang untuk rangkaian EOS.

 EOS dilancarkan pada 1 jun 2018 oleh Dan Larimer, juga pengasas untuk Bitshares dan Steem. EOS juga mempunyai sistem peraturan yang kompleks menyukarkan proses kawalan, ini kerana EOS dicipta dengan idea supaya rangkaian mereka lebih demokratik dan ‘decentralized’ berbanding kripto wang yang ada di pasaran sekarang.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top