Now Reading
Apa itu Blockchain?

Apa itu Blockchain?

apa itu blockchain

Pengenalan Blockchain

Pada tahun 2008, Satoshi Nakamoto mengkonsepkan pengagihan blockchain (rantaian blok) yang pertama. Tahun berikutnya, beliau menjadikan teknologi tersebut satu kenyataan melalui Bitcoin dan berfungsi sebagai lejar awam untuk semua transaksinya.

Data blockchain pula diuruskan secara autonomi melalui rangkaian peer-to-peer (rakan-ke-rakan) dan timestamping server.

Blockchain adalah lejar digital yang decentralized (disentralisasi) dan diagihkan untuk merekod transaksi dalam rangkaian komputer yang berbeza. Rekod transaksi ini tidak boleh diubahsuai tanpa pengesahan daripada semua komputer dalam rangkaian tersebut.

Bagaimana Blockchain Berfungsi

Segala informasi di dalam sesebuah blockchain wujud sebagai gedung data yang dikongsi dan sentiasa dirujuk. Dalam kata yang mudah, di dalam setiap rantaian block yang stabil mengandungi senarai transaksi lepas yang disahkan.

See Also

Setiap komputer ataupun node (nod) menyimpan satu salinan data blockchain dan setiap node berkomunikasi untuk memastikan mereka dalam block yang sama. Oleh kerana setiap transaksi terjadi dalam rangkaian global peer-to-peer, kriptowang seperti Bitcoin boleh beroperasi tanpa sempadan.

Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut adalah contoh bagaimana blockchain berfungsi.

  1. Awal Transaksi
    • Alice menghantar 2 Bitcoin kepada Bob. Dia berikan Bob alamat awam (Public Key), jumlah Bitcoin, tandatangan digital (Private Key).
  2. Siaran Transaksi
    • Transaksi Alice kepada Bob disiarkan kepada semua miner (pelombong).
  3. Pengesahan Transaksi
    • Pengesahan perlu dilakukan oleh miner untuk mengesahkan bahawa Alice yang melakukan transaksi tersebut.
  4. Penambahan Transaksi
    • Setelah mendapat pengesahan, miner akan menambah transaksi tersebut ke dalam block bersama transaksi yang sebelumnya.
  5. Block Mining (Perlombongan Blok)
    • Dengan menggunakan system Proof of Work (PoW), miner akan memproses blok tersebut dengan algoritm tertentu. (cth. SHA-256 adalah algoritma Bitcoin)
    • Untuk mendapatkan pengesahan, nonce (nombor sembarangan) akan ditambah ke dalam block untuk mendapatkan nilai output hash ‘0’. Kesukarannya bergantung kepada kekuatan pemprosesan komputer dalam rangkaian tersebut.
  6. Siaran Block
    • Setelah miner berjaya mendapatkan output hash diperlukan, mereka akan menyiarkan block baharu kepada miner yang lain.
  7. Pengesahan Block
    • Blok baharu tersebut akan disahkan oleh miner yang lain sebelum ditambah ke blockchain mereka.
  8. Penambahan Block Baharu
    • Setelah block baharu tersebut disahkan, semua miner akan menambah block tersebut ke dalam blockchain mereka.

Apa Kelebihan Blockchain

  1. Mewujudkan identiti digital
    • Komponen identiti teknologi blockchain mengunakan kunci kriptograf, ia menggabungkan Public key dan Private key untuk menghasilkan identiti digital yang berasaskan hak milik.
    • Public key adalah identity umum (cth. alamat e-mel), Private key pula persetujuan untuk interaksi digital. Kesimpulannya, kriptograf adalah tulang belakang untuk revolusi blockchain.
  2. Berfungsi sebagai sistem rekod
  3. Blockchain merekod data statik (pendaftaran) atau data dinamik (transaksi), membuatkan ianya satu revolusi. Dalam merekod pendaftaran, terdapat 3 jenis cara;
    • Data Tidak Tersulit – boleh dibaca oleh semua pengguna blockchain secara telus.
    • Data Tersulit – boleh dibaca oleh pengguna menggunakan kunci penyahsulitan. Kunci memberikan akses kepada data dalam blockchain dan boleh dibuktikan dengan siapa dan bila data direkod.
    • Data Hash – boleh membuktikan bahawa data tidak dipalsukan atau diubahsuai.
  4. Sukar diubahsuai
    • Salah satu fungsi gedung data blockchain adalah ia menyimpan sejarahnya sendiri. Oleh itu, data blockchain sukar diubahsuai dan jika seseorang mencubanya, ia memerlukan usaha yang sangat besar kerana data selepasnya juga mengandungi sejarah dan setiap node memilikinya.
  5. Berfungsi sebagai platform
  6. Kriptowang adalah platform pertama yang menggunakan teknologi blockchain. Kini, ia dikembangkan ke platform untuk Smart Contract (Kontrak Pintar). Terma tersebut masih lagi menyeluruh, tetapi konsepnya boleh dibahagi kepada tiga;
    • Perkataan smart contract ‘vending machine’ (mesin layan diri) dicipta oleh Nick Szabo pada tahun 1990an. Kini mesin akan mula berinteraksi selepas menerima input luar (cth wangkripto), atau ia menerima isyarat yang mencetuskan aktiviti blockchain.
    • Smart legal contract, atau Ricardian contract biasanya digunakan apabila pihak yang berkenaan bersetuju dengan syarat masing-masing. Kontrak tersebut boleh bercampur antara perjanjian lisan, bertulis, dan kini ditambah dengan ciri-ciri cap waktu, token, audit, koordinasi dokumen dan logik perniagaan.
    • Smart Ethereum contract pula adalah program yang mengawal aset-aset blockchain, dilaksanakan melalui interaksi blockchain Ethereum.
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top