Now Reading
Apa itu Smart Contract?

Apa itu Smart Contract?

What is smart contract-techcryption

Smart contract adalah protokol komputer yang berfungsi untuk perlaksanaan digital, pengesahan atau menguatkuasa rundingan atau melakukan kontrak. Ia juga dikenali sebagai crypto-contract (kontrak kripto) membolehkan perkongsian apa-apa sahaja yang bernilai antara pihak yang tidak dikenali secara telus dan bebas konflik. Pertama kali diusulkan oleh Nick Szabo pada tahun 1994, menjadi tarikan utama setelah teknologi blockchain dibangunkan. Dengan smart contract, pengguna boleh melakukan aktiviti secara automatik dengan menggunakan blockchain.

Bagaimana Smart Contract Berfungsi?

Smart Contract adalah program komputer automatik yang menggunakan lejar tanpa pusat, dilengkapi dengan kontrak digital yang dilancarkan dengan sendiri, kemudian berubah menjadi kod yang boleh digunakan dalam blockchain. Ia mengandungi beberapa jenis peraturan yang membentuk perjanjian antara dua pihak atau lebih. Apabila kriteria peraturan dipenuhi, transaksi akan dilaksanakan. Ia seperti penggunaan biasa dalam dunia perniagaan cuma menggunakan blockchain sebagai gedung data. Ini bermakna, pihak ketiga tidak diperlukan, seperti bank, broker atau perantara kerajaan.

Secara asasnya, smart contract memerlukan tiga komponen utama iaitu, tandatangan dua atau lebih pihak, subjek perjanjian dan syarat terma yang terperinci. Syarat dan terma perlu disediakan secara matematik dan ditulis oleh bahasa pengaturcara berdasarkan platform kontrak. Pelbagai platform seperti Ethereum, Bitcoin dan Nxt menggunakan smart contract untuk mendukung dan menjejak transaksi kewangan di dunia digital. Kegunaan lain smart contract juga melibatkan penyimpanan rekod pemilikan harta, gadai janji, insuran dan kajian perubatan yang mengandungi maklumat sensitif boleh disimpan secara selamat dan kekal peribadi daripada pihak ketiga juga memastikan ianya telus.

Kelebihan Smart Contract

Proses pantas – dengan mengurangkan penglibatan manusia, smart contract meningkatkan kepantasan transaksi perniagaan tanpa proses manual yang leceh.

Automatik – sifat smart contract yang tidak berpusat akan menghapuskan perantara pihak ketiga dan perjanjian dikawal penuh oleh pengguna.

Safety – dilindungi dengan kriptograf yang kompleks, smart contract mustahil untuk digodam dan memastikan dakumen dan data pengguna tidak mudah diubahsuai.

See Also
Send Your Crypto Through Handshake-Techcryption-01

Ketepatan – dengan mengurangkan penglibatan manusia, kesilapan manusia boleh dikurangkan dalam proses penyimpanan data.

Simpanan – proses automatik oleh rangkaian menjimatkan kos seperti perbelanjaan operasi dan pemantauan individu tidak diperlukan.

Keseluruhannya, smart contract adalah teknologi yang belum matang dan terdedah kepada masalah dan kelemahan terhadap serangan tertentu. Kod yang diguanakan hendaklah bebas daripada kesalahan dan pepijat komputer yang boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walau yang demikian, teknologi ini pasti akan disempurnakan dan menjadi sebahagian penting dalam masyarakat.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
1
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top