Now Reading
Apa itu Mata Wang Kripto?

Apa itu Mata Wang Kripto?

What is cryptocurrency -techcryption

Pengenalan Wang Kripto

Wang kripto adalah wang digital yang dilengkapi dengan teknologi kriptograf. Dengan menggunakan teknologi tersebut transaksi kewangan lebih selamat, kawalan terhadap unit tambahan, dan pengesahan pemindahan aset menggunakan teknik penyulitan, beroperasi bebas daripada bank pusat.

Kriptograf pula adalah cara untuk melindungi maklumat dan komunikasi menggunakan kod untuk memastikan data kekal sulit daripada pihak ketiga. Kriptograf pula dibina menggunakan konsep perkiraan matematik yang dipanggil algoritma. Secara ringkas, kemasukan wang kripto ke dalam Gudang data adalah terhad dan tidak boleh diubah tanpa memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.

Ciri-ciri Wang Kripto

Ciri terbesar untuk penggunaan wang kripto adalah ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa pusat. Kebanyakan sistem wang kripto adalah decentralized (desentralisasi) dan diagihkan menggunakan rangkaian computer yang dipanggil nod (node) dari seluruh dunia. Ia terhasil dengan menggunakan teknologi blockchain.

Blockchain adalah sistem lejar terbuka yang diagihkan yang mengandungi block data yang membenarkan pengguna sistem mengawal dan memantau informasi pada masa yang sama. Sifat disentralisasi blockchain ini secara teori membuatkan kripto wang bebas dari kawalan dan gangguan kerajaan.

Antara fungsi utama wang kripto adalah menjadi pengantara dalam sistem ekonomi peer-to-peer (rakan-ke-rakan), or P2P. Transaksi kewangan boleh dilakukan secara terus diantara pengguna tanpa campur tangan orang tengah atau pihak ketiga. Oleh kerana wang kripto adalah wang digital, ini memudahkan pengguna untuk bergerak atau melancong kerana mereka tidak perlu bergantung kepada matawang sesuatu negara. Malah, wang kripto boleh disimpan menggunakan soft wallet (dompet perisian atas talian) atau hard wallet (dompet keras) seperti Nano Ledger kerana ianya selamat dibawa kemana sahaja walaupun dengan jumlah wang kripto yang besar.

See Also

Kini, wang kripto adalah fenomena global. Walaupun masih lagi tidak difahami oleh semua, tetapi bank, kerajaan dan syarikat-syarikat besar sedar akan kepentingannya. Selain itu, wang kripto juga kini menjadi semakin umum dan ia boleh digunakan untuk bayaran dalam talian (online) atau luar talian (offline). Sesetengah peniaga kini menerima Bitcoin (sejenis wang kripto) dalam transaksi mereka. Setakat ini, wang kripto digunakan untuk membayar tiket penerbangan, bayaran penginapan, barang kemas, perisian computer, yuran pengajian dan juga makanan!

Apabila kesedaran tentang wangkripto meningkat, transaksi kewangan akan lebih mudah dengan menggunakan kunci awam (public key) dan kunci persendirian (private) untuk tujuan sekuriti dan privasi. Setiap transaksi ini boleh dilakukan dengan fi proses yang rendah berbanding fi yang dikenakan oleh institusi kewangan. Individu dan syarikat di luar sana perlu mengikuti perkembangan teknologi wang kripto supaya mereka boleh menjadikannya sebagai satu peluang.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top