Now Reading
Apa yang Anda Boleh Lakukan Dengan Mata Wang Kripto?

Apa yang Anda Boleh Lakukan Dengan Mata Wang Kripto?

Top-5-crypto-techcryption

Membeli Barangan

Hari ini banyak peniaga dalam talian dan peniaga biasa menerima wang kripto (Bitcoin) sebagai bayaran. Bitcoin boleh digunakan untuk membayar hotel, penerbangan, restoran, barangan kemas, aplikasi, alat komputer dan juga yuran beljar di university.

Wang kripto lain seperti Litecoin, Ripple, Ethereum dan selainnya masih belum diterima secara meluas. Walaupun demikian, pengguna boleh melakukan tukaran kepada Bitcoin menggunakan wang kripto mereka.

Pelaburan

Wang kripto adalah salah satu peluang pelaburan bagi sesetengah orang. Sekarang, Bitcoin adalah wang kripto yang paling dominan diikuti oleh Ethereum. Walaupun begitu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan wang kripto tergolong dalam pelaburan berisiko tinggi. Pasaran mereka mungkin merundum, diharamkan oleh pihak berkuasa dan firma tukaran wang kripto berisiko untuk digodam.

Tip: Seperti pelaburan biasa, anda perlu memberi perhatian kepada nilai pasaran mereka. Coinmarket adalah laman yang memberikan maklumat lengkap tentang harga pasaran, jumlah, bekalan pasaran dan had pasaran bagi kebanyakan wang kripto.

See Also

Mine (Melombong)

Sama seperti pasaran saham, mining juga adalah pelaburan. Secara amnya, perlombongan wang kripto adalah proses transaksi untuk pelbagai jenis wang kripto, seterusnya disahkan dan ditambah ke dalam blockchain lejar digital. Setiap kali transaksi wang kripto dilakukan, seorang miner (pelombong) wang kripto bertanggungjawab untuk mengesahkan ketulenan maklumat dan memaklumkan rangkaian blockchain mengenai transaksi tersebut. Proses mining melibatkan miner bertanding dengan miner lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dilengkapi fungsi hash milik data transaksi blok. Kesukaran untuk menyelesaikan masalah tersebut sentiasa meningkat seiring dengan jumlah miner yang ingin menyelesaikannya. Semakin wang kripto itu terkenal, semakin ramai miner, maka proses mining semakin rumit. Apabila miner selesai menyelesaikan masalah tersebut, mereka akan menerima fi transaksi sebagai imbuhan. Begitulah bagaimana miner mendapatkan keuntungan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top