Now Reading
Decentraland, Dunia Virtual Blockchain

Decentraland, Dunia Virtual Blockchain

Decentraland-Techcryption

Kuala Lumpur, 12 September: Baru-baru ini sesi pertemuan untuk komuniti penggemar wang kripto dan blockchain diadakan di WORQ, Subang. Sesi tersebut dibawakan oleh Bitcoin Malaysia itu menjemput Decentraland Malaysia untuk berkongsi maklumat tentang produk mereka.

Decentraland Malaysia adalah syarikat start-up yang membina permainan dunia maya menggunakan teknologi blockchain, Ethereum.

Bercakap dalam sesi pertama, Ketua Pemasaran Asia Pasifik mereka, Lee Lin Liew berkata pengguna boleh membeli aset, membina, dan menunjukkan kreativiti masing-masing dalam permainan Decentraland. Menurutnya lagi, dengan menggunakan teknologi blockchain, pemain boleh menjual beli barangan dan perkhidmatan pemain lain menggunakan wang kripto mereka yang dipanggil MANA.

Menurut beliau lagi, Decentraland yakin dapat melancarkan versi Beta mereka pada hujung tahun ini dan akan dibuka untuk orang awam. Malah, pemain boleh menggunakan MANA untuk transaksi dan menjadikannya aset untuk dunia kripto.

Dalam sesi kedua pula, Jason Chew, Rakan Pengurusan untuk Bitcoin Malaysia menjemput tiga ahli panel untuk berbicara tentang haluan permainan decentralized (desentralisasi) akan datang. Ahli panel terdiri daripada Tak-John wakil dan pemaju program untuk Decentraland, Harpreet Singh Ketua Operasi Eksekutif dan Pengasas Bersama Blocklime Malaysia, dan Mark Smalley dari Neuroware.

See Also

Isu yang dibahaskan adalah tentang konsep decentralized dan blockchain dalam dunia permainan. Menurut Harpreet, beliau tegas dengan konsep tidak menggunakan keseluruhan data permainan ke dalam blockchain. Tambah beliau lagi, hanya serpihan kecil yang sepatutnys menggunakan blockchain. Pendapat beliau juga disokong oleh Tak-John, beliau berjinak-jinak dengan Decentraland sebagai eksperimen sosial sebelum menjadi juara untuk satu acara anjuran Decentraland.

Ketika ditanya oleh moderator tentang pendapat beliau, Mark mempunyai konsep dan visi yang berbeza tentang permainan decentralized. Beliau ingin membina platform secara konvensional dan pemain perlu bekerja keras untuk hidup. Ketika beliau ditanya soal ekonomi untuk permainan beliau, Mark menjawab “Sangat teruk”, menyebabkan penonton tertawa. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Decentraland dan pelawat boleh mendaftar dan mencipta avatar untuk permainan Decentraland.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top