Now Reading
Isu Perbankan Semasa

Isu Perbankan Semasa

issue-with-banking-system-techcryption

Seiring dengan peredaran zaman, globalisasi telah mengubah dunia, meningkatkan perkembangan ekonomi dan membangunkan banyak negara. Tetapi, industri perbankan dan juga banyak industri yang lain, masih lagi dalam keadaan huru-hara dan tekanan terhadap mereka semakin meningkat. Cabaran utama untuk dunia perbankan juga organisasi yang lain adalah untuk mencipta kejayaan jangka panjang. Antara masalah yang dihadapi sistem perbankan semasa adalah:

Fi Transaksi Tinggi

Pemindahan wang kepada seseorang akan membuatkan anda dikenakan caj dalam 2% mengikut jumlah yang dihantar, ini boleh menyebabkan kerugian yang besar. Contohnya;

A memindah $100 kepada B tetapi transaksi tersebut harus melalui parti ketiga yang boleh dipercayai (bank atau institusi kewangan lain) sebelum diterima oleh B. Caj transaksi sebanyak 2% akan ditolak dari jumlah yang dipindahkan, dengan itu B hanya akan menerima $98. Bagi sesetengah orang, ini mungkin bukan jumlah yang besar, tetapi bayangkan jika anda memindahkan wang sebanyak $100,000, jadi caj transaksi yang akan dibayar sebanyak $2000. Banyak bukan?

Perbelanjaan Berganda

Perbelanjaan berganda adalah risiko yang dihadapi wang digital. Pemilik wang digital boleh menghantar salinan token kepada dua pihak berbeza dan masih menyimpan salinan asal.

A hanya memiliki baki sebanyak $500 dalam akaun. Dia memulakan transaksi secara serentak kepada B sebanyak $400 dan C sebanyak $500. Kebiasaannya, transaksi ini tidak akan diteruskan kerana A tidak mempunyai baki yang cukup. Akan tetapi, dengan mendua dan memalsukan token digital yang terlibat dalam transaksi digital tersebut, dia boleh meneruskan transaksi tanpa baki yang diperlukan.

Penipuan Internet dan Pengodaman Akaun

Oleh kerana banyak pengguna menggunakan perbankan internet, semakin banyak penggodam mengambil kesempatan. Contohnya, di UK, ramai pengguna risau dengan butiran debit dan kredit yang mereka telah gunakan untuk bayaran atas talian. Hampir 40% pengguna mengalami kecurian wang dari akaun bank atau kad kredit mereka pada tahun 2017, dengan jumlah sebanyak £840 setiap satu, seperti yang dilaporkan oleh Independent News.

Krisis Kewangan

Dalam ekonomi yang bergolak sekarang, apa yang terjadi mungkin menyebabkan krisis kewangan. Contohnya, ketika krisis kewangan 2007-2008, juga dikenali sebagai krisis kewangan global dan ramai ahli ekonomi menyifatkan ia satu krisis terbesar sejak krisis Great Depression tahun 1930. Ini terjadi apabila bank dan organisasi pelaburan meminjam dan memberi pinjaman kepada mereka yang tidak membayarnya. Ini mencetuskan krisis kewangan yang membawa kerugian anggaran 11 trilion seluruh dunia. Ditambah lagi dengan kegagalan bank dan organisasi perkhidmatan kewangan kerana kes penipuan orang dalam.

Bagaimana blockchain menyelesaikan masalah-masalah ini?

Sistem Disentralisasi

Teknologi blockchain menggunakan pendekatan disentralisasi atau tanpa pusat berbanding bank dan organisasi kewangan yang dikawal oleh pihak berkuasa kerajaan. Dalam teknologi semua pihak bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan kegagalan sistem, ini kerana kuasa tidak dipegang oleh satu pihak tetapi melibatkan ramai pihak.

See Also
5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Lejar Awam

Lejar ini menyimpan semua transaksi Blockchain dan ianya terbuka dan boleh diakses oleh semua dalam rangkaian terlibat. Apabila anda menyertai rangkaian sesuatu blockchain, anda bole memuat turun semua senarai transaksi sejak ianya dimulakan. Walaupun ia boleh diakses orang awam, maklumat pihak yang terlibat dalam transaksi masih kekal rahsia.

Verifikasi Setiap Transaksi Individu

Setiap satu transaksi disahkan dengan melakukan semakan diantara lejar dan isyarat pengesahan transaksi dalam beberapa minit. Dengan menggunakan beberapa inkripsi dan algoritma hash, perbelanjaan berganda dihapuskan.

Fi Transaksi Rendah atau Percuma Fi transaksi biasanya tidak dikenakan tetapi bergantung kepada jenis blockchain. Fi transaksi biasanya lebih rendah berbanding bank dan organisasi kewangan. Jika transaksi hendak diutamakan, fi tambahan perlu dibayar supaya pengesahan transaksi dibuat segera.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
1
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top