Now Reading
Lawatan Global Malaysia B91 x BTC123, Ke Arah Masa Depan Payment 5.0

Lawatan Global Malaysia B91 x BTC123, Ke Arah Masa Depan Payment 5.0

Kuala Lumpur, 7 Ogos: Lawatan Global B91 x BTC123 bertempat di DoubleTree Hilton Hotel, Kuala Lumpur telah menarik ramai pengunjung. Perjumpaan komuniti kripto itu membawa tema ‘Ke Arah Masa Depan Payment 5.0’ membincangkan tentang konsep berpusat untuk pembayaran baru, ‘semuanya boleh digital’.

Dalam acara tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran B91 Foundation, Rob Davis dan Pengarah Urusan VVcoin, John William berkongsi maklumat terbaru tentang projek yang sedang dilaksanakan dalam syarikat mereka.

Moderator petang itu, Jason Chew menjemput tiga ahli panel untuk mengutarakan pendapat mereka tentang Era Baharu Payment 5.0 dan Bagaimana Kriptowang Memainkan Peranan. Ahli panel, Rob Davis menerangkan tentang pelancaran B91 Wallet dan Public Chain Mainnet (Rantai Awam Mainnet) yang akan menerajui industry New Payment 5.0 Era (Era Bayaran Baharu 5.0).

Zaman sekarang, industri bayaran tidak selamat, berpusat dan kurang telus serta privasi. Justeru itu, B91 Payment sebagai langkah penyelesaian dan menggunakan rantaian bayaran awam dan smart contract (Kontrak Pintar) yang berinovasi untuk mencipta ekosistem bayaran yang revolusiner. Ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna dari segi privasi, sekuriti dan memudahkan cara bayaran.

Rantai Awam B91 menggunakan teknologi SPoS (Supernode Proof of Stake), sebuah teknologi yang terkini dan paling berinovasi dalam teknologi blockchain untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi industry bayaran hari ini.

Memetik penjelasan Rob, “konsensus mekanisma SPoS merupakan plihan pertama kami kerana ia memperbaiki sistem terdahulu dari pelbagai sudut dan menawarkan pengubah skala tanpa had, kecairan tinggi, penambahbaikan sekuriti, dan tentunya kemampuan untuk memberi insentif dan ganjaran kepada semua pengguna dalam ekosistem kami, ini akan memberikan keseimbangan dari sudut sama rata dan kuasa terletak kepada pengguna”.

See Also

Moderator panel, kemudian bertanya kepada Harpreet Singh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Blocklime Malaysia tentang arah tuju antara matawang fiat dengan kriptowang. Beliau berpendapat ia bergantung kepada niche (ceruk) dan bagaimana ia dapat menarik perhatian.

Acara tersebut merupakan satu langkah yang besar bagi B91 Foundation dan VVCoin kerana ini merupakan langkah pertama mereka ke pasaran Asia Tenggara untuk berkongsi inovasi yang bakal mencetuskan revolusi Payment 5.0.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top