Now Reading
Apa itu Kripto Mining?

Apa itu Kripto Mining?

Crypto-Mining-techcryption

Dalam sistem kewangan tradisional, wang kertas dikeluarkan oleh bank pusat. Menurut BBC News, bank sentral US mencetak tujuh billion wang kertas setiap tahun. Berbeza dengan wang kripto, ia memerlukan proses melombong (mining) untuk mendapatkan unit baru.

Perlombongan kripto bermaksud proses pengesahan dan penambahan transaksi wang kripto ke dalam lejar awam blockchain. Bitcoin adalah contoh terbaik untuk proses ini.

Bagaimana Kripto Mining Dijalankan?

Perlombongan kripto mempunyai dua fungsi:

  1. Melakukan pertambahan transaksi ke dalam blockchain (pengesahan dan rekod)
  2. Mengeluarkan wang kripto baharu

Sesiapa yang mempunyai mesin melombong dan sambungan internet yang bagus boleh menjadi miner, atau bertindak sebagai nod dalam rangkaian yang akan memproses dan menguruskan transaksi.

Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana ia berfungsi:

Pertama sekali, miner perlu menyelesaikan permasalahan algoritma yang kompleks ataupun memproses hashing, proses ini dipanggil ‘Proof-of-Work’ untuk menambah blok transaksi ke blockchain. Untuk setiap transaksi, semua node akan mengutip dan mengesahkan kesahihannya.

Seterusnya, miner perlu mengumpulkan transaksi yang telah disahkan dari dalam kumpulan memori dan mula menggabungkan mereka sebagai blok. Untuk kesinambungan blok, maklumat dari blok sebelumnya digunakan untuk menyambungkan data yang akan digunakan untuk menyelesaikan permasalahan algoritma seterusnya. Proses yang sama akan dikenakan untuk blok yang baru.

Apa yang diperlukan untuk mining?

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk memulakan aktiviti melombong wang kripto.

Perkakasan

Komponen yang paling penting adalah perkakasan mining. Pada asalnya, wang kripto boleh dilombong menggunakan komputer biasa. Kini, tapak melombong wang kripto semakin banyak menyebabkan persaingan terutama untuk Bitcoin. Ini menyebabkan algoritma matematik atau teka-teki kripto blockchain menjadi semakin sukar dilakukan sebelum miner menggunakan kad grafik komputer untuk mendapatkan kelebihan hashing yang lebih pantas.

Kini, teka-teki kripto semakin sukar unuk diselesaikan oleh miner ditambah dengan kos penggunaan elektrik yang tinggi, kad grafik digantikan dengan Aplication Specific Integrated Circuit (ACSIC). ACSIC adalah litar elektronik berintegrasi yang menawarkan prestasi tinggi disamping penggunaan tenaga elektrik yang rendah menjadikan ia perkakas yang terbaik melombong wang kripto.

Berikut adalah perkakas melombong yang popular:

  1. Bitmain Antminer S9i
  2. Halong Mining DragonMint T1
  3. Bitmain Antminer T9
  4. Pangolin Whatsminer M3X
  5. Bitmain Antminer R4
  6. Avalon6
  7. Bitmain Antminer S7

Dompet Wang Kripto

Untuk melombong wang kripto, dompet digunakan untuk menerima hasil perlombongan. Wang kripto akan dihantar ke dompet melalui alamat yang unik.

See Also
Mark Jeffrey interview-Techcryption

Perisian

Langkah seterusnya adalah memuat turun perisian melombong untuk membantu miner melombong wang kripto. Terdapat beberapa program perisian yang percuma dan terbuka seperti CGMiner dan BFGminer. Untuk wang kripto yang lain seperti Ether, perisian yang digunakan adalah GETH dan Ethminer. Setelah perisian berjaya dipasang, miner boleh mula melombong.

Cara Mining

Miner boleh memilih sama ada hendak melombong secara solo atau berkumpulan (Mining Pool). Memlombong secara berkumpulan adalah sekumpulan pengguna berkongsi tenaga pemprosesan dan hasilnya dibahagi sama rata berdasarkan jumlah kerja mengikut Proof of Work (PoW).

Awas!

Tidak semua wang kripto boleh dilombong dan membawa keuntungan. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi perlombongan wang kripto:

  1. Jenis wang kripto
  2. Sambungan internet yang pantas
  3. Kepantasan komputer
  4. Kos penggunaan elektrik

Apa Pula Cryptojacking?

Cryptojacking atau rampasan kripto adalah menggunakan komputer pengguna lain tanpa kebenaran untuk melombong wang kripto. Komputer boleh dijangkiti melalui program malware, sambungan ke laman web yang mempunyai kod melombong, atau iklan online yang mampu berfungsi tanpa kebenaran pengguna. Dengan kecanggihan yang ada sekarang, bukan komputer sahaja yang terdedah dengan aktiviti jahat ini, telefon pintar dan TV pintar juga boleh dijangkiti.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top