Now Reading
Penggunaan Blockchain di Dunia Sebenar

Penggunaan Blockchain di Dunia Sebenar

Real-world-blockchain-techcryption

Berikut adalah contoh-contoh bagaimana blockchain digunakan di dunia sebenar:

KEBAJIKAN

Teknologi mata wang kripto dan blockchain mempunyai fungsi yang mengagumkan dan boleh memberikan impak besar kepada urusan-urusan kebajikan, sama ada penerima, pemberi atau organisasi terlibat. Dengan teknologi blockchain, ia memudahkan pemindahan dan pengurusan dana bagi mereka yang memerlukan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Industri penjagaan kesihatan adalah salah satu industri yang berhasrat menggunakan teknologi blockchain. Setiap hari, banyak penemuan tentang blockchain yang boleh dimanfaatkan oleh industri ini dan suatu hari nanti pasti dapat dibaik pulih. Dengan penyimpanan maklumat pesakit, menjejak farmaseutikal, dan memperbaiki cara bayaran secara dicentralized (disentralisasi), blockchain adalah alat yang berharga untuk merevolusikan industri ini.

Antara kelebihan menggunakan teknologi blokchain dalam industri penjagaan kesihatan adalah:

Memperbaiki Akses Perubatan

Pengurusan maklumat penyakit menggunakan teknologi blockchain adalah sangat penting. Biasanya, rekod perubatan disimpan secara berasingan oleh agensi perubatan, menyukarkan penasihat perubatan untuk mendapatkan rekod lampau pesakit tanpa merujuk agensi sebelumnya. Proses tersebut boleh memakan masa yang lama dan berisiko berlakunya kesilapan. Pesakit juga boleh memantau dan mengawal maklumat yang digunakan dan dikongsi oleh institusi kesihatan. Jika ada mana-mana pihak ingin mendapatkan maklumat pesakit, mereka perlu menggunakan teknologi blockchain.

Sebagai contoh, MedRec adalah sistem yang mengutamakan pesakit, mewujudkan ketelusan dan kebolehan untuk mengakses rekod pesakit menggunakan teknologi blockchain Ethereum. MedRec berhasrat untuk menyimp maklumat pesakit supaya mudah diakses oleh pesakit dan doktor. Buat masa kini, mereka menggunakan mekanisma Proof of Authority (PoA) blockchain.

Memperbaiki Simpanan Rekod Perubatan

Penggunaan blockchain dalam industri penjagaan kesihatan bertujuan untuk meningkatkan ketelusan antara institusi perubatan dengan menyimpan pelbagai maklumat pesakit. Maklumat tersebut boleh diakses oleh doktor dan pesakit. Cara ini juga dapat meningkatkan kawalan keselamatan melalui teknologi Decentralized Ledger.

Menghentikan Pemalsuan Perubatan

Dianggarkan berpuluh ribu pesakit kehilangan nyawa setiap tahun akibat pemalsuan ubat menurut laporan World Health Organization (WHO). Contoh seperti syarikat Pharma, mereka perlu memastikan bekalan ubat mereka selamat dan terkawal. Ubat-ubatan Pharma sering dicuri dan dijual secara haram. Ini menyebabkan kerugian hampir $200 bilion setiap tahun. Dengan kewujudan sistem yang telus akan membolehkan syarikat-syarikat tersebut mengesan ubat-ubatan mereka dan menghapuskan pemalsuan perubatan.

Menjejak Percubaan Klinikal dan Farmaseutikal

Pelbagai institusi perubatan di seluruh dunia menjalankan kajian dan percubaan terhadap ubat dan rawatan baharu. Blockchain dapat mengumpul dan menyimpan maklumat dalam satu pengkalan berskala global.

Menjejak Perakuan Perubatan

Dengan blockchain, ia boleh mengesahkan banyak perakuan kelulusan dan rekod ahli perubatan profesional. Ini akan memudahkan proses pengambilan kerja ditambah dengan dengan rekod kerjaya mereka yang tidak boleh diubahsuai sewenang-wenangnya.

Perlindungan Penipuan Insuran

Penipuan insuran adalah salah satu cabaran besar dalam industri penjagaan kesihatan. Ia kerana pembekal insuran dan pesakit menghantar tuntutan palsu atau diubahsuai untuk menerima pampasan yang lebih besar. Dengan menggunakan teknologi blockchain, pemalsuan dan pengubahsuaian maklumat adalah mustahil, meningkatkan keselamatan dan privasi pesakit.

RANTAI BEKALAN

Pengurusan rantaian bekalan hari sangat kompleks. Ia bergantung kepada jenis barangan, rantaian bekalan mungkin melibatkan ratusan lapisan peringkat, lokasi geografi berbeza, pelbagai jenis inbois dan bayaran, individu dan entiti terlibat, dan memakan masa yang lama. Oleh kerana proses yang kompleks dan kurang telus ini, blockchain akan merubah industri ini.

Mari kita lihat bagaimana blockchain mampu membantu:

  1. Memperbaiki proses manual yang perlahan kerana banyak lapisan pertama proses mereka masih menggunakan kertas.
  2. Menguatkan kemampuan untuk menjejak maklumat lepas dengan mudah berikutan peningkatan peraturan pihak berkuasa dan permintaan pengguna. Malah, mampu mengurangkan kos daripada masalah seperti penarikan balik, kerugian reputasi, atau kerugian pendapatan daripada barangan. Dengan ini, syarikat berpeluang untuk menambah nilai proses.
  3. Mengurangkan kos transaksi IT. Buat masa sekarang, kelebihan ini lebih kepada teori. Bitcoin memberikan bayaran pada mereka yang melakukan pengesahan untuk setiap blok atau transaksi dan juga memerlukan mereka yang mencadangkan blok baru untuk meletakkan fi. Mengenakan kos sedemikian mungkin dilarang kerana nilai skala mungkin mengejutkan. Contohnya, dalam tempoh 90 hari, sebuah pengilang kereta biasanya akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 bilion panggilan untuk pembekal tahap satu sahaja. Jika digabungkan, semua transaksi itu akan meningkatkan permintaan penyimpanan data, satu komponen penting untuk teknologi blockchain. Lagi pula, menambah dan menguruskan pelbagai jenis maklumat akan menjadi tidak praktikal apabila blockchain diperkenalkan.

Internet of Things (Internet Benda)

Internet of Things (IoT) adalah sambungan beberapa jenis peralatan menggunakan perisian dan alat komunikasi untuk mengumpul dan bertukar data antara sesama sendiri.

Dengan kehadiran pelbagai jenis alat inovasi (cip RFID, sensor dan internet) dan peningkatan mampu akses melahirkan konsep IoT. Ini membuktikan bukan komputer sahaja yang boleh disambungkan dengan internet.

Inovasi teknologi IoT membolehkan pemerhatian jauh, kawalan automatik, dan pemeriksaan status pelbagai jenis alat dan sensor, dimana kemampuan ini digunakan untuk smart home (rumah pintar) dan kereta pandu diri.

Peribadi dan Domestik

IoT boleh digunakan dalam pelbagai cara antaranya untuk konsep rumah automatik. Untuk konsep ini, peralatan rumah boleh diperhati dan dikawal seperti lampu, penyaman udara, pemanas air dan sistem keselamatan. Peralatan ini kemudian boleh disambungkan dengan jam pintar atau telefon pintar, ia juga boleh disambungkan dengan peralatan hab pintar lain seperti TV pintar dan peti sejuk.

Ini memberi potensi yang besar untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dan pengguna yang mengalami masalah kebolehan upaya.

See Also
header-of-kraken-techcryption

Komersial dan Industri

Teknologi IoT mempunyai potensi yang besar untuk organisasi mereka bentuk, menghasilkan, dan menjual produk atau perkhidmatan mereka. Antara contoh yang boleh dikongsikan adalah penggunaan sensor untuk memerhati keadaan sekitar seperti suhu, kelembapan, tekanan udara dan kualiti. Petani juga boleh memanfaatkan teknologi ini untuk mengawasi paras air atau makanan ternakan mereka, sama juga boleh digunakan oleh pengilang untuk mengawal stok produk mereka.

Pentadbiran

Penggunaan blockchain dalam pentadbiran boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan disentralisasi, integriti data, dan ketelusan disamping meningkatkan prestasi dan mengurangkan kos operasi.

Sistem blockchain menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dan rangka kerja yang boleh ditempa supaya hanya boleh diakses oleh pihak yang dibenarkan. Secara praktikalnya, agensi kerajaan boleh bertindak sebagai pengesah dan penyebar maklumat untuk mengurangkan pemalsuan data. Selain itu, agensi bukan kerajaan, universiti dan orang awam juga bertindak sebagai pengesah maklumat. Mekanisma ini boleh mengelakkan kesilapan kecil seperti kesalahan memasukkan data.

Blockchain juga memainkan peranan yang besar dalam proses pilihanraya. Pilihanraya boleh dilaksanakan secara adil dan telus kerana kelebihan yang dimiliki teknologi blockchain. Ia juga berpotensi untuk mengubah cara undian dibuat, mungkin secara dalam talian kelak.

Teknologi blockchain juga boleh digunakan sebagai gedung data untuk menyimpan dan melindungi rekod kerajaan supaya tidak boleh dimanipulasi dan disembunyikan. Ini akan meningkatkan ketelusan dalam kawalan data dan mengurangkan keraguan antara badan kerajaan dan orang awam.

Dengan kemampuan teknologi blockchain untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan prestasi kerja institusi kerajaan, kerajaan boleh melebihkan dana pada sektor lain seperti pendidikan, keselamatan dan kesihatan awam.

Kerajaan bergantung kepada hasil kutipan cukai, jadi mereka harus bijak mengawal belanjawan negara. Kerajaan juga boleh menggunakan teknologi blockchain dalam kutipan cukai. Dana boleh digerakkan dengan mudah mengikut syarat yang telah ditetapkan. Langkah ini mampu mengurangkan kos yang terlibat dalam proses kutipan dan pengagihan cukai. Contohnya, dengan menyimpan rekod dan proses pemulangan dilakukan melalui blockchain, agensi kutipan cukai boleh meningkatkan tahap keselamatan untuk melindungi pembayar cukai daripada risiko penipuan dan kecurian identiti.

Kekurangan dan Halangan

Teknologi blockchain mempunyai potensi dan banyak kelebihan, namun ada beberapa halangan yang perlu diselesaikan sebelum digunakan dalam sektor awam.

Oleh kerana kelebihan teknologi blockchain yang tidak boleh diubahsuai, proses awal untuk memasukkan data hendaklah dilakukan secara betul dan tepat.

Walaupun kebolehan mengubahsuai boleh dilakukan, ia masih memerlukan pengesahan daripada semua nod yang terlibat yang akan menimbulkan persoalan tentang konsep disentralisasi. Namun begitu, masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan blockchain persendirian yang tidak melibatkan peringkat lebih tinggi.

Faktor privasi juga diambil kira kerana apabila maklumat dimuat naik, ia akan kekal dan terbuka untuk diakses oleh orang lain. Ini bertentangan dengan prosedur untuk dokumen sulit, seperti rekod jenayah yang telah mendapat pengampunan penuh. Penyelesaian yang boleh diusulkan adalah penggunaan sistem burn dan teknik kriptograf seperti zk-SNARK atau sepertinya. Akhir sekali, kerajaan adalah penghalang besar untuk menggunakan teknologi blockchain. Ini kerana sesetengah kerajaan tidak memahami dan mengkaji lebih dalam kelebihan teknologi ini. Selain itu, kerajaan yang penuh rasuah mungkin akan menolak untuk melindungi kepentingan peribadi mereka.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top