Now Reading
Kehilangan $6.4 Juta Mata Wang Kripto Fusion Mungkin Angkara Orang Dalam

Kehilangan $6.4 Juta Mata Wang Kripto Fusion Mungkin Angkara Orang Dalam

Pada 28 September yang lalu, Fusion Protokol iaitu platform tukaran berlandaskan blockchain telah mengalami kerugian mata wang kripto kira-kira $6.4 juta. Menurut perkongsian yang dilakukan di blog mereka, dompet Fusion mereka telah diceroboh dan menyebabkan kehilangan 10 juta FSN asli dan 3.5 juta token ERC20 FSN.

Menurut mereka lagi, hanya dompet milik platform itu yang diceroboh dan tiada laporan mengenai pencerobohan dompet pengguna.

Walaupun begitu, pelabur mata wang kripto bereaksi serta merta berikutan pengumuman firma tukaran tersebut yang dilaporkan di saluran Telegram mereka. Tindakan pelabur menyebabkan nilai FSN menjunam separuh daripada $0.50 ke paras 0.25 dalam tempoh 7 jam.

Siasatan susulan mendapati tindakan ‘wash-trading’ ataupun teknik memanipulasi pasaran berlaku dan mendapati pelaku telah menjual hasil curi di platform Bitmax dan Hotbit.

Sejak itu, tukaran mata wang kripto seperti OKEx, Huobi, Citex, Bitmax dan Hotbit menggantung transaksi deposit dan pengeluaran untuk token FSN.

See Also
car 2020-techcryption

Firma tersebut juga tidak menolak kemungkinan yang kejadian itu didalangi orang dalam kerana kunci peribadi kepada dompet mereka telah dicuri. Walaupun begitu, mereka mengesyorkan bahawa platform mereka masih selamat.

Sudah pasti kes sebegini akan menimbulkan keraguan kepada pengguna terhadap firma tukaran mata wang kripto pada masa akan datang. Sanggupkah anda mengambil risiko seperti ini?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top