Now Reading
Langkah Dagangan dalam Kraken

Langkah Dagangan dalam Kraken

header-of-kraken-techcryption

Kraken merupakan platform tukaran mata wang kripto Bitcoin (BTC) terbesar dan tertua didunia. Ia terkenal sebagai platform terbaik untuk membeli, menjual mata wang kripto disamping memberikan perkhidmatan terbaik, fi yang rendah, pilihan dana serba boleh dan kawalan sekuriti yang ketat.

Cara Mendaftar

Pendaftaran akaun Kraken adalah mudah, pengguna hanya perlu klik ‘Create Account’ terletak di bahagian kanan atas laman. Pengguna perlu mengisi maklumat umum seperti nama, alamat, emel dan kata laluan.

Selepas pengguna selesai mengisi maklumat yang diperlukan, emel yang mengandungi ‘Activation Key’ akan dihantar.

Nota: Emel akan diterima dalam tempoh 1-5 minit, pengguna juga perlu semak folder ‘junk mail’.

Untuk mengaktifkan akaun, pengguna perlu masukkan ‘Activation Key’, nama pengguna, kata laluan dan melengkapkan ReCaptcha. Seterusnya, klik ‘Activate Account’.

Langkah seterusnya, pengguna perlu tekan tab ‘Get Verified’ dan pilih jenis akaun yang sesuai untuk mulakan dagangan.

Kraken memberikan 3 jenis pilihan ‘ID Verification’ yang mempunyai kesukaran proses pengesahan yang berbeza.

‘Starter’ adalah pilihan sesuai untuk pengguna baru kerana pilihan ini mempunyai syarat keperluan yang kurang serta had akaun.

Kebanyakan pelabur lain akan memilih ‘Starter’ atau ‘Intermediate’ kerana syarat keperluan yang mudah untuk diuruskan.

‘Pro’ pula adalah biasanya pilihan institusi pelaburan dan pemegang dana pelaburan yang besar.

Keselamatan

Kraken adalah platform tukaran mata wang kripto yang sangat dipercayai. Pengguna haruslah memanfaatkan penggunaan sistem keselamatan mereka seperi Two-Factor Authentication (2FA) mereka.

Deposit

Pengguna boleh menyimpan deposit dengan memilih tab ‘Funding’ dan klik ‘Deposit’. Seterusnya, perlu maklum bahawa pihak Kraken tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian dana.

Kemudian, pilih mata wang kripto yang diingini melalui mata wang kripto yang disokong di bahagian kiri laman.

Sebagai contoh, pilih Bitcoin (XBT) dan klik ‘Generate New Address’. ID deposit akan dijana dan pengguna boleh mengirim dana ke alamat tersebut.

Nota: Singkatan Bitcoin adalah (BCT) tetapi di Kraken, ia adalah XBT.

Mulakan Dagangan

Pegguna perlu hala ke tab ‘Trade’, seterusnya ke tab ‘New Order’. Pengguna boleh berdagang mengikut harga pasaran atau menetapkan had pesanan.

See Also

Pesanan pasaran adalah proses yang mudah dan pantas, iaitu pelaksanaan membeli aset dengan harga yang terbaik dan sebaik permintaan dibuka.

Had pesanan adalah keadaan dimana jual beli aset berlaku mengikut syarat yang ditetapkan seperti harga yang dikehendaki.

Untuk contoh, pengguna ingin membeli 0.0002 XBT, pilih ‘Market’ dan klik ‘Buy XBT with EUR’. Setelah itu, transaksi membeli XBT di platform tukaran mata wang kripto Kraken selesai.

Pengeluaran

Untuk membuat pengeluaran, pengguna perlu tambah dan sahkan alamat pengeluaran. Selepas itu, hala ke ‘Funding’ kemudian pilih tab ‘Withdraw’ dan pilih jenis mata wang yang dikehendaki di bahagian kiri laman.

Untuk ruang ‘Address’ pula, pilih alamat yang telah ditetapkan dari langkah sebelumnya, jika tiada klik butang ‘Add Address’.

Seterusnya, masukkkan jumlah yang dikehendaki di ruang ‘Amount’. Pastikan jumlah yang dikehendaki lebih besar daripada had minimum, contohnya 0.00500 XBT.

Langkah seterusnya, klik ‘Review Withdrawal’ untuk pastikan semua maklumat adalah betul. Setelah anda selesai menyemak, klik ‘Confirm Withdrawal’.

Nota: Baca dengan teliti kerana apabila permohonan selesai dan bertanda ‘Success’, pengguna tidak lagi boleh dihentikan atau ditarik balik.

Emel akan dihantar kepada pengguna mengandungi ID pengeluaran bersama dengan makluman pengeluaran.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
1

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top