Now Reading
Langkah Dagangan dalam Gemini

Langkah Dagangan dalam Gemini

header-of-gemini-techcryption

Gemini adalah tukaran mata wang kripto yang diasaskan oleh adik beradik kembar Winklevos, Cameron dan Tyler. Platform itu dilancarkan pada tahun 2015.

Kemunculan Gemini memudahkan belian, jualan dan penyimpanan mata wang kripto dengan memberikan pengguna mereka banyak pilihan. Pengguna boleh melakukan urusan antara BTC/USD, ETC/USD dan ETF/USD menggunakan akaun bank untuk pindahan kawat (wire transfer) atau pindahan bank (bank transfer). Pengguna juga dapat melakukan pemindahan mata wang kripto dan token Ether dari dompet ke akaun Gemini.

Platform Gemini boleh digunakan di Amerika Syarikat, Kanada, Hong Kong, Puerto Rico, Singapura, Korea Selatan dan UK.

Mendaftar

Tekan butang ‘Get Started’ yang terletak di bahagian atas kanan laman. Pengguna diberi pilihan untuk membuka akaun peribadi atau institusi. Untuk akaun peribadi, Gemini akan meminta maklumat umum seperti negara, nama penuh dan alamat emel.

Keselamatan

Gemini menawarkan Two-Factor Authentication (2FA) melalui aplikasi Authy, SMS dan WebAuthn.

Setelah akaun diaktifkan, pengguna perlu masukkan nombor telefon untuk menerima kod pengesahan.

Pengesahan ID

Sama seperti tukaran mata wang kripto yang lain, Gemini juga memerlukan pengguna untuk melakukan pengesahan ID. Pengguna perlu memasukkan Nombor Keselamatan Sosial (Social Security Number) dan tarikh lahir.

Seterusnya, masukkan alamat rumah dan gambar ID atau lesen memandu yang sah. Apabila semua maklumat dan dokumen yang diperlukan selesai, emel akan dihantar setelah proses verifikasi selesai.

Deposit

Simpanan Deposit: Tekan butang ‘Deposit into Exchange’ yang terletak di tab ‘Transfer Funds’, pilih sama ada pindahan kawat/bank atau pindahan mata wang kripto.

Kiriman: Pengguna boleh mengimbas kod QR atau salin alamat yang diberikan ke alamat akaun yang dikehendaki. Transaksi akan dilaksanakan serta merta setelah ia disahkan oleh blockchain.

Pengeluaran

See Also

Serupa dengan cara menyimpan deposit, platform Gemini membenarkan transaksi melalui cara:

  1. Pindahan Bank
  2. Pindahan Kawat
  3. Dompet Digital

Hala ke tab ‘Transfer Funds’ dan pilih cara yang dikehendaki.

Untuk pengeluaran melalui pindahan bank atau kawat, masukkan maklumat dan destinasi yang diperlukan dan jumlah yang hendak dikeluarkan.

Untuk pengeluaran mata wang kripto pula, pilih Alamat Dompet (Wallet Address) dan jumlah mata wang kripto yang hendak dikeluarkan. Klik ‘Complete Withdrawal’ dan pengeluaran mata wang kripto anda selesai.

#CRYPTOONTHEGO

Gemini juga telah melancarkan aplikasi mudah alih Gemini dengan menawarkan tambahan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ether, Bitcoin Cash, Zcash dan Litecoin. Ini memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi di mana-mana sahaja.

“THE FUTURE OF MONEY IS BOTH DIGITAL AND MOBILE” – WINKLEVOSS

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top