Now Reading
Tingkatkan Industri Kanabis Dengan Teknologi Blockchain

Tingkatkan Industri Kanabis Dengan Teknologi Blockchain

Blockchain and Cannabis Industry-Techcryption-01

Sebuah syarikat yang menjual kanabis di Uruguay, Uruguay Can bercadang untuk menggunakan teknologi blockchain supaya mereka dapat memperbaiki industri kanabis. Di samping itu, Ketua Operasi Eksekutif (CEO) mereka, Eduardo Blasina berkata, teknologi ini bukan sahaja akan memberi kelebihan kepada pengeluar tetapi juga kepada pengguna yang akan membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk mengambilnya.

Sebelum itu, kita hendaklah mengenal pasti apakah cabaran yang dihadapi oleh industri tersebut.

Pertama sekali, pengguna mendapatkan bekalan mereka secara haram. Perkara ini tetap berlaku walaupun sesetengah negara dan daerah membenarkan pengedaran dan penjualan secara sah. Pengguna juga dikatakan masih belum bersedia untuk mendapatkan bekalan mereka seecara sah.

Seterusnya adalah ketidaktentuan pasaran kanabis. Walaupun ia boleh dijaul secara sah di sesetengah negara, ramalan pasaran masih lagi tidak menunjukkan permintaan pengguna yang jelas. Tambahan lagi, penguatkuasaan dan rekod yang berbeza mengikut kawasan juga memainkan peranan.

Pecahan bekalan serta kepelbagaian jenis juga menjadi cabaran industri kanabis.  Jadi, apakah faedah yang boleh ditawarkan oleh teknologi blockchain?

Kurangkan Bekalan Pasaran Gelap

Kerajaan boleh menggunakan teknologi blockchain untuk mengenal pasti sumber asal kanabis tersebut serta identiti pengeluar secara pantas dan mudah. Ini akan membuatkan pengguna memilih produk yang diperakui berbanding produk yang haram.

Ramalan Permintaan Pasaran

See Also
apa itu ethereum

Teknologi blockchain mampu merekod maklumat dan mudah dikongsi antara pelbagai jabatan, pembekal, pengguna serta memberikan gambaran statistik bekalan, penjualan dan harga yang akan membantu peruncit dalam isu bekalan dan permintaan.

Memperbaiki Pemantauan Pecahan Stok dan Bekalan

Kerajaan boleh menggunakan lejar blockchain untuk memantau, mengakses, memantau dan menganalisa secara konsisten maklumat terkini berkenaan produk kanabis. Di samping itu, rekod ujian makmal berkenaan strain nama kanabis. Teknologi blockchain tidak dinafikan dapat meningkatkan taraf industri kanabis dengan kemampuannya seperti pengurusan tidak berpusat, telus dan tidak mudah diubahsuai. Sistem ini juga mampu merekod transaksi dan maklumat seterusnya dikongsi ke pelbagai jenis pihak.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top