Now Reading
HSBC Manfaatkan ‘Blockchain’ Untuk LC Pertama Malaysia

HSBC Manfaatkan ‘Blockchain’ Untuk LC Pertama Malaysia

HSBC Dives onto Blockchain for Malaysia’s First Letter of Credit-techcryption-01-01

HSBC dengan kerjasama sebuah syarikat Singapura berjaya menghasilkan surat kad kredit (letter of credit) pertama Malaysia untuk Simply Packaging Sdn Bhd (Simply Packaging) dalam transaksi import resin.

Transaksi itu dilaksanakan menerusi teknologi blok rantai (blockchain) sekali gus menjadi projek ‘blockchain’ pertama oleh HSBC Malaysia.

Menurut laporan Fintech News Malaysia, dagangan merentas sempadan antara Malaysia dan Singapura mencecah sehingga US$85 bilion pada tahun 2018. Walaupun pemindahan barangan secara fizikal oleh kedua-dua negara biasanya mengambil masa kurang daripada dua hari, namun kelewatan dalam penghantaran sering berlaku berikutan kertas kerja pentadbiran yang perlahan dan manual.

Walaubagaimanapun, dengan memanfaatkan teknologi blok rantai, keseluruhan proses akan berjalan secara digital melalui ‘e-pembentangan (e-presentation) dokumen dagangan utama dengan membenarkan bil muatan, pendedahan menyeluruh untuk semua pihak seterusnya menghasilkan pengurusan inventori yang berkesan dan pembaikpulihan jangka masa pendek.

See Also

Teknologi blok rantai mengembangkan perniagaan dengan memudahkan serta mengurangkan proses tempoh transaksi. Penggunaan penyelesaian dagangan kewangan seperti blok rantai turut membantu meningkatkan halaju (velocity) dagangan, khususnya melibatkan situasi sedemikian, di mana laluan perkapalan yang singkat.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, beliau amat berpuas hati dengan projek pertama syarikatnya yang memanfaatkan blok rantai bagi transaksi LC. Milne juga percaya bahawa kejayaan itu menunjukkan komitmen dan kemampuan tinggi HSBC dalam membantu dagangan merentas sempadan buat perniagaan Malaysia, menerusi platform teknologi revolusioner.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top