Now Reading
Peralihan ke TV Digital Hampir Selesai, Pengguna Berpuas Hati

Peralihan ke TV Digital Hampir Selesai, Pengguna Berpuas Hati

MyFreeview-techcryption

Tiada lagi tiga saluran televisyen sahaja, rakyat di negara ini kini berpeluang menonton televisyen Definisi Tinggi (HD TV) apabila peralihan analog ke TV Digital myFreeview di Semenanjung Malaysia telah selesai sepenuhnya pada 30 September lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya memberitahu, bagi memastikan semua rakyat di negara ini merasai kelebihan TV Digital, kerajaan memperuntukkan dua juta dekoder khususnya untuk isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Antaranya termasuklah penduduk di Bukit Lanchong, Selangor yang turut berkongsi pengalaman menonton TV Digital. Salah seorang penduduk, Diyana, 27, berpuas hati dengan peralihan TV Digital kerana paparan menjadi lebih jelas, apatah lagi ia adalah percuma.

“Saya telah menonton televisyen ini sejak enam bulan lalu dan merasakan paparannya lebih jelas, Sebelum ini, saya hanya dapat mengakses tiga saluran sahaja, kini lebih 15 saluran dapat ditonton,” kongsinya yang mempunyai dua orang anak.

Dalam nada sama, suri rumah Zainab Abdan yang sebelum ini melanggan TV satelit berkata, “kini saya dapat menonton televisyen pada bila-bila masa, warna paparannya juga menarik menerusi myFreeview,” kongsinya.

MyFreeview ditawarkan secara percuma kepada semua rakyat negara ini dengan 15 saluran televisyen dan enam saluran radio seperti RTM, TV3, TV Al-Hijrah. TV Digital itu menawarkan pelbagai kandungan yang sesuai untuk segenap peringkat umur, dengan paparan  HD dan kualiti audio terbaik.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Kawal Selia, MYTV Broadcasting Sdn Bhd, Shamsul Najib Mohtar berkata, syarikatnya menggalas tanggungjawab dalam mengedarkan dekoder percuma termasuk infrastruktur TV Digital di Malaysia.

See Also

“Anda memerlukan dekoder DVB-T2 serta antena Ultra High Frequency (UHF) yang dihubungkan ke set TV untuk mengakses myFreeview. Sekiranya anda mempunyai Integrated Digital TV (IDTV), ia boleh disambungkan ke antena UHF yang mempunyai ‘built-in-tuner’.

Sebelum ini, MCMC mengumumkan peralihan analog ke TV Digital akan dijalankan sepenuhnya di seluruh Malaysia pada 31 Oktober depan.  Peralihan itu bermula di Semenanjung Malaysia diikuti oleh Sabah serta Sarawak. Pembaharuan ini sekali gus menjadikan Malaysia negara ketiga di Asia Tenggara yang melancarkan inisiatif TV Digital sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi MYTV Customer Careline di talian 1800-18-1088 atau layari laman web www.myFreeview.tv.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top