Now Reading
Singapura Teroka Teknologi Blockchain Untuk Industri Perkapalan

Singapura Teroka Teknologi Blockchain Untuk Industri Perkapalan

Singapore Shipping Association building e-registry based on blockchain-techcryption-01

Teknologi blockchain telah membuktikan kebolehannya untuk memperbaiki proses dan transaksi perniagaan dengan kelebihan sistem yang tidak berpusat serta tidak boleh diubahsuai. Kini, teknologi ini menarik perhatian banyak pihak di Asia Tenggara.

Singapura sedang membina sistem yang dipanggil International E-Registry of Ships (IERS). Projek ini adalah hasil kerjasama pihak Singapore Shipping Association (SSA) dengan International Chamber of Commerce (ICC) dan syarikat startup, Perlin.

Platform blockchain tersebut akan dilengkapi dengan kontrak pintar yang dapat membantu untuk mengurangkan kos, masa, mengurangkan kesilapan dalam proses pendaftaran kapal. Sistem IERS akan dikuasakan oleh teknologi milik Perlin dipanggi Wavelet yang telah mendapat sokongan dari Pihak Maritime and Port Authority kerajaan Singapura.

Jika projek ini berjaya, ICC akan cuba membida untuk membawa standard IERS ke peringkat global. Ini kerana teknologi blockchain dalam industri maritime mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu, projek ini juga mempunyai potensi untuk memperbaiki perdagangan berasaskan perkapalan dalam pelbagai industri.

See Also

Walau bagaimanapun, sebuah syarikat di Hong Kong, 300cubits menjadi syarikat pertama yang menggunakan teknologi blockchain untuk urusan penghantaran perkapalan. Kini, operasi syarikat itu digantung kerana jumlah transaksi yang rendah. Ini menunjukkan risiko yang tinggi jika penyertaan sistem tersebut tidak mendapat sambutan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top