Now Reading
Projek Blockchain Persatuan Perbankan Itali Membuahkan Hasil

Projek Blockchain Persatuan Perbankan Itali Membuahkan Hasil

Projek Persatuan Perbankan Itali (ABI) yang melibatkan teknologi blockchain dikatakan positif dan menunjukkan keberkesanan untuk institusi perbankan tempatan. ABI menggunakan teknologi tersebut untuk menguruskan penyelarasan data maklumat operasi mereka tahun itu.

Ujian pertama, pasukan mereka memproses 200 juta kemasukan data menggunakan teknologi blockchain mereka, Spunta Project.  Menurut laporan, sistem itu akan dilaksanakan secara rasmi pada tahun hadapan kerana semua ujian yang dijalankan mencapai matlamat dan akan digunakan di semua bank di bawah naungan mereka.

Kejayaan ini menunjukkan bank mampu memanfaatkan teknologi blockchain dari segi pemprosesan data. Malah, kejayaan ini hanyalah permulaan kerana menurut pakar teknologi blockchain mempunyai banyak kelebihan dalam industri perbankan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top