

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk…
Aximetria merupakan masa depan perbankan mudah alih kripto yang dicipta di Switzerland. Misi utamanya adalah untuk meraih pengguna mata wang kripto seramai yang mungkin. Baru-baru ini, firma itu telah melancarkan pertukaran mata wang kripto yang bebas yuran serta pemindahan P2P untuk mudah alih. Dalam pada itu, Aximetria dalam perancangan untuk membangunkan perkhidmatan P2P yang membenarkan pelanggan untuk membuat transaksi tanpa memerlukan akaun atau kad.
Sebelum ini, terdapat dua cabaran yang dihadapi keperluan pengguna dalam menggunakan platform pertukaran mata wang kripto di mana kos perkhidmatan adalah tinggi dan terdapat sekatan mata wang. Selain itu, terdapat banyak platform pertukaran meningkatkan kadar pertukaran atau mengumpul yuran tersembunyi dalam perkhidmatan mereka seiring dengan pengaplikasian meluas mata wang digital.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengasas Aximetria, Alexey Armakov mendapati bilangan pengguna mata wang kripto akan meningkat sebanyak 300 peratus sekiranya sesebuah organisasi melenyapkan penghalang utama penggunaan serta terbuka kepada kemudahan dan kebolehpercayaan transaksi mata wang kripto kepada pengguna.
Oleh itu, dengan pelancaran platform berkenaan, pengguna dapat memanfaatkannya tanpa komisen dalam pertukaran, kiriman wang dan simpanan, kawalan sepenuhnya ke atas dana serta akses kepada kunci peribadi, tambah nilai dan pengeluaran dana di mana-mana institusi kewangan seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, firma Switzerland itu bakal membangunkan perkhidmatan kiriman wang kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia hanya menerusi maklumat nombor telefon melalui aplikasi AxiDrop dan Aximetria Marketplace di mana pengguna dapat membelanjakan kripto untuk barangan serta perkhidmatan penggunaan massa.
What's Your Reaction?

Pengalaman hanya dua tahun dalam industri kewartawan belum cukup untuk menyampaikan berita berinformasi kepada pembaca. Posisi sebagai 'Malay Journalist' di Techcryption merupakan pembaharuan berlainan dalam menyelami masa depan teknologi dunia.