Now Reading
ID Digital ‘Blockchain’ Bantu Basmi Pemerdagangan Manusia

ID Digital ‘Blockchain’ Bantu Basmi Pemerdagangan Manusia

Blockchain-based Digital ID Could Help Eradicate Human Trafficking - techcryption-01

Pemerdangan manusia memaksa perekrutan dan penahanan orang ke dalam satu situasi eksploitasi dengan cara keganasan, penipuan dan pemaksaan. Mangsa terlibat dilaporkan diperdagangkan menerusi pelbagai cara penghambaan seperti dipaksa sebagai pelacur, buruh, perhambaan domestik, kahwin paksa dan derma organ.

Di Malaysia, berikutan lokasi geografi dan penawaran gaji yang lebih tinggi, menjadikan negara ini sebuah destinasi popular untuk penyeludup atau ‘pelaku’ pemerdagangan manusia. Selain itu, laporan Trafficking in Persons (TIP) 2019 yang dikeluarkan Jabatan Negeri Amerika Syarikat (AS) mendapati Malaysia kekal berada dalam dua senarai pengawasan Tier.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggarkan sebanyak 51 peratus mangsa pemerdagangan yang dikenal pasti adalah wanita, manakala 28 peratus kanak-kanak dan 21 peratus adalah lelaki. Dalam pada itu, 72 peratus individu yang didapati dieksploitasi dalam industri seks adalah wanita, manakala 63 peratus penyeludup dikenalpasti adalah lelaki.

Kita perlu beruntung kerana berada dalam era digital di mana idea setiap rakyat yang mempunyai ID digital tidak terlalu jauh. Oleh itu, teknologi blok rantai dilihat dapat membantu menerusi penghasilan maklumat identiti maya seseorang dalam platform berkenaan menggunakan maklumat biometrik seperti cap jari atau imbasan mata.

See Also
header how bitcoin work

Maklumat dalam blok rantai yang tidak berubah tidak akan membenarkan sebarang pemalsuan dilakukan, seterusnya membendung penyeludup daripada menyogok atau menukar identiti mangsa. Itu adalah strategi digunakan mereka untuk mendapatkan mangsa merentas sempadan. Sifat tidak berpusat (decentralized) platform blok rantai akan menyukarkan penggodam daripada mengganggu data sedia ada.

Selain itu, platform blok rantai adalah telus. Disebabkan itu, dokumentasi ID blok rantai dan pengesanan dapat dilakukan di mana-mana, yang akhirnya dapat mematahkan operasi penjenayah pemerdagangan manusia. Berdasarkan kelebihan yang dapat dilakukan teknologi blok rantai dalam membendung peningkatan pemerdagangan manusia, ia adalah penting untuk memahami bahawa isu ini memerlukan kerjasama daripada setiap orang di selruuh dunia untuk menghentikannya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top