Now Reading
Cointelegraph Dan Coinspot Disekat Di Rusia

Cointelegraph Dan Coinspot Disekat Di Rusia

CT CS blocked-techcryption

Pengerusi Bank Pusat Rusia, Elvira Nabiullina pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa tiada keperluan untuk mengeluarkan mata wang kripto negara.

Terkini, kerajaan Rusia mengambil langkah untuk menyekat akses kepada beberapa laman web berita mata wang kripto terkemuka, iaitu Cointelegraph dan Coinspot. Walaupun alasan berbeza, tetapi keputusannya tetap sama.

Bagi Cointelegraph, keputusan dilakukan berdasarkan permintaan Perkhidmatan Persekutuan Cukai Rusia pada Disember 2017. Walaupun permohonan itu dilakukan dua tahun lepas, tetapi sekatan berkenaan hanya dikeluarkan sekarang oleh Perkhidmatan Persekutuan untuk Pengawasan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa (Roskomnadzor).

Manakala, Coinspot disekat berikutan Pejabat Pendakwa Daerah Danilovsky di wilayah Volgograd memohon untuk membuang ciri-ciri tertentu dalam pencarian kasino blok rantai yang akhirnya membuatkan majoriti enjin carian menyekat akses kepada laman web berkenaan dengan sendiri.

See Also
Singapore Shipping Association building e-registry based on blockchain-techcryption-01

Kedua-dua kes berkenaan diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan maklumat, teknologi maklumat dan perlindungan maklumat, yang dilaksanakan pada 2016.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top