Now Reading
Mata Wang Kripto Di Nigeria: Kerangka Kawal Selia & Isu Berkaitan

Mata Wang Kripto Di Nigeria: Kerangka Kawal Selia & Isu Berkaitan

Tidak dinafikan bahawa sistem kewangan global menerima peralihan terkini daripada mata wang fizikal kepada mata wang maya menerusi teknologi. Gelombang ini melahirkan mata wang kripto. Seiring pembangunannya, terdapat pelbagai wacana positif dan negatif dalam nilai mata wang kripto terhadap sistem fiskal Nigeria.

Dari semasa ke semasa, hakikat bahawa bitcoin merupakan mata wang kripto yang bergerak sendiri dan di luar kawalan serta tidak dikawal selia pihak ketiga seperti bank, institusi kewangan atau kerajaan disedari ramai. Ia secara tidak langsung menjadi ‘pembuka mata’ terhadap pelabur mengenai risiko terdedah apabila terlibat dalam teknologi berkenaan.

Kerajaan Nigeria berusaha untuk menyekat mata wang kripto walaupun status undang-undang belum jelas, berbeza seperti negara Maghribi dan Algeria, di mana terdapat sekatan ketat berkaitan Bitcoin dan hukuman berat dikenakan jika terlibat.

Salah satu tindakan diambil kerajaan itu adalah dengan mengeluarkan notis amaran mengenai risiko melabur dalam pasaran mata wang kripto. Amaran itu dikeluarkan oleh Bank Pusat (CBN) dan Suruhanjaya Keselamatan dan Pertukaran (SEC).

Amaran berkenaan turut menyentuh aktiviti haram yang dihasilkan mata wang kripto seperti pengubahan wang haram dan keganasan, penyeludupan dadah secara haram, pemerdangan manusia serta menyalurkan dana kepada pergerakan radikal. Pada Januari 2017, CBN mengeluarkan kenyataan yang menyekat segala transaksi dalam Bitcoin, seterusnya digerakkan oleh kawal selia perbankan untuk memberi amaran sama kepada bank seluruh negara agar tidak memanfaatkan pelaburan Bitcoin dalam negara.

See Also
British Authority is Looking for Crypto Experts-Techcryption-01

SEC turut mengeluarkan kenyataan pada 2017 yang menggesa pelabur Bitcoin untuk mengambil langkah berhati-hati. Pada Mac 2018, CBN sekali lagi menekankan amarannya terhadap pelabur mata wang kripto bahawa aset digital hanyalah diibaratkan seperti perjudian.

Nigeria seperti negara Afrika lain masih lagi dalam proses menghasilkan kerangka perundangan atau kawal selia bagi pertukaran mahupun mata wang kripto; bagaimanapun, pembangunan teknologi berkenaan tetap dipertimbangkan. Selain tindakan dikeluarkan CBN dan SEC, penggubal undang-undang telah menggesa pihak berkuasa perundangan untuk menggiatkan usaha mereka dalam penghasilan kerangka undang-undang terhadap mata wang kripto negara.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top