Now Reading
Malaysia Tersenarai Dalam Kewangan Alternatif Terkemuka Dunia

Malaysia Tersenarai Dalam Kewangan Alternatif Terkemuka Dunia

Kuala Lumpur: Malaysia merupakan antara 10 negara teratas dalam pengawalan selia kewangan alternatif di dunia dan Asia Pasifik, menurut kaji selidik Bank Dunia baru-baru ini.

Kaji selidik itu dikendalikan oleh Bank Dunia dan Pusat Kewangan Alternatif Cambridge menerusi soal selidik atas talian yang dijalankan sejak April hingga Jun tahun ini. Responden kaji selidik itu termasuklah pengawal selia sekuriti, pihak berkuasa pasaran kapital dan bank pusat.

Sebanyak 111 pihak berkuasa kawal selia terlibat dalam kaji selidik “Regulating Alternative Finance – Results from a Global Regulator Survey”, dan menyaksikan kedudukan Malaysia seiring dengan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura yang sering dirujuk sebagai pengawal selia pengurusan kewangan alternatif.

Ketua Ahli Ekonomi Sektor Kewangan di Bank Dunia, Margaret Miller mendakwa kewangan alternatif dilihat sebagai salah satu yang terbaik dan berkembang di Malaysia dengan peningkatan lebih 125 peratus dalam setahun bagi tempoh 2013 hingga 2017.

Beliau berkata, Equity CrowdFunding (ECF) menerima impak positif daripada kewujudan kewangan itu dengan 70 peratus faedah dimiliki oleh usahawan wanita dan muda berumur bawah 35 tahun. Tambahnya, Malaysia merupakan negara pertama ASEAN untuk menubuhkan kerangka kawal selia pada Disember 2015 dan kewangan peer-to-peer (P2P) pada 2016.

See Also
Exclusive Cryptocurrency-Backed Travel Rewards Card Now Available-techcryption

“Apa kami lihat dengan jelas berdasarkan maklum balas berkenaan, Malaysia adalah salah satu penanda aras dalam kerangka kawal selia kewangan alternatif,” katanya ketika membentangkan laporan kaji selidik berkenaan di Persidangan Fintech 2019 anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), semalam.

Berdasarkan statistik terkini, setakat ini terdapat 21 platform ECF dan P2P berdaftar dengan SC, di mana secara kolektif menjana RM587 juta di lebih 1,600 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) yang dimanfaatkan menerusi platform pasaran kewangan alternatif.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top