Now Reading
Penuh Visi, Tezos Memacu Inovasi

Penuh Visi, Tezos Memacu Inovasi

Kuala Lumpur, 24 Oktober: Tezos South East Asia bersama BitcoinMalaysia telah menganjurkan sesi pertemuan bersama komuniti teknologi kripto dan blockchain baru-baru ini. Tezos South East Asia merupakan sebuah organisasi bebas tidak berasaskan keuntungan yang beroperasi di Singapura.

Dalam sesi pertemuan tersebut, wakil daripada Tezos juga merupakan seorang Penasihat Saintifik, Diego Olivier Fernandez Pons memberi penerangan tentang latar belakang Tezos dan menjawab beberapa soalan peserta diikuti sesi bual bicara santai bersama ahli panel daripada CoinGecko, Kristian Kho, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Blocklime, Harpreet Singh. Sesi tersebut diacarakan oleh Rakan Pengurusan BitcoinMalaysia, Jason Chew.

Menurut Diego, Tezos diasaskan oleh Arthur Breitman untuk memperluas dan memperbaiki teknologi blockchain yang lebih dikuasai oleh Bitcoin pada tahun 2014. Tezos dalam Kertas Putih mereka telah memperkenalkan pelbagai inovasi yang menambah baik proses teknologi blockchain.

Antara inovasi yang diperkenalkan oleh Tezos adalah Formal Verification, Zero Knowledge Proofs, dan pelbagai lagi. Diego menekankan bahawa Tezos adalah organisasi yang lebih fokus kepada inovasi sains yang dapat membantu komuniti dunia. Setakat ini, Tezos mempunyai tujuh buah Yayasan yang mempunyai fungsi dan kemahiran tersendiri yang terletak di Switzerland, Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Korea, Hong Kong dan Mumbai.

Ketika sesi soal jawab dan bual santai, soalan yang paling lucu yang dilontarkan peserta adalah mengapa beliau tidak memiliki atau melabur dalam mana-mana mata wang kripto.

See Also

“Saya memang tidak berminat dengan mata wang kripto.” Malah, ketika disoal tentang motivasi beliau bersama Tezos, beliau menjawab, “Tezos ibarat sebuah perjalanan yang mencabar dan saya selesa dengannya.”

Sebelum mengakhiri sesi, beliau menegaskan bahawa inisiatif Tezos adalah jelas, membina dan menambah baik teknologi seiring dengan visi mereka.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top