Now Reading
AS Masih Belum Keluarkan Status Perundangan Terhadap Kripto?

AS Masih Belum Keluarkan Status Perundangan Terhadap Kripto?

Sebelum ini, negara ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat dengan jelas menyatakan pendirian tegas terhadap mata wang kripto seperti bitcoin di mana terdapat konspirasi mengatakan bahawa negara itu bakal ‘menghapuskan’ bitcoin.

Pada awal bulan ini juga Presiden AS, Donald Trump dalam laman Twitter miliknya membuat kenyataan menentang mata wang kripto.

Situasi itu dikukuhkan lagi dengan perkongsian salah seorang Pengasas Bersama syarikat penasihat kewangan atas talian, Betterment, Eli Broverman pada persidangan SCxSC Fintech 2019 yang bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM). Beliau mengatakan bahawa belum ada status perundangan jelas terhadap perniagaan berkaitan mata wang kripto di negara berkenaan.

Eli yang dijemput sebagai salah seorang panel pada persidangan itu memberitahu bahawa kebanyakan operasi syarikat ‘fintech’ di AS masih ‘tergantung’ berikutan proses perundangan yang lama dan tidak jelas.

“Perkara yang paling sukar adalah kerana proses perundangan yang mengambil masa lama. Ia mengambil masa sehingga kira-kira 14 bulan, dengan pelbagai soalan dilontar bagi melengkapkan proses berikut.

“Saya berpendapat bahawa kes ini masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Disebabkan itu, terdapat syarikat fintech yang memlilih untuk memfokuskan pasaran kapital yang memerlukan mereka untuk mematuhi beberapa set peraturan,” jelasnya ketika menjawab persoalan yang dilontarkan peserta persidangan mengenai status perundangan di AS.

See Also

Dalam persidangan berkenaan, Eli dijemput bagi berkongsikan pengalaman beliau dalam menubuhkan Betterment pada dua sesi iaitu ‘Scaling Fintechs – The Stimulate for Growth’ dan ‘From Start-Up to Scale-Up’.

Selain itu, ketika berkongsikan pendapatnya mengenai pasaran digital serta kapital di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, beliau memberitahu syarikat di rantau ini perlu meningkatkan lagi perkhidmatan keselamatan serta memfokuskan aspek infrastruktur ‘fintech’.

“Ini merupakan kali pertama saya ke Malaysia, tetapi apa yang boleh saya katakan syarikat fintech di rantau ini perlu meningkatkan perkhidmatan keselamatan dan infrastruktur teknologi kewangannya,” jelasnya. Dalam masa sama, beliau berpandangan bahawa syarikat fintech perlu keluar daripada zon selesa dengan meluaskan rangkaian sehingga ke negara lain seperti Thailand dan Indonesia dengan kerjasama strategik antara syarikat tempatan mahupun luar.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top