Now Reading
Apa Kata Usahawan Mata Wang Kripto Berjaya?

Apa Kata Usahawan Mata Wang Kripto Berjaya?

Vitalik Buterin, Charlie Lee, Marc Andreessen, Roger Ver-techcryption

Mata wang kripto, kripto atau blockchain pasti kedengaran asing dan janggal untuk mereka yang baharu menjinakkan diri dalam industri ini.

Walaupun tidak banyak institusi tempatan yang menawarkan kursus pengajian mengenai teknologi blockchain dan mata wang kripto, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan tutorial melalui buku atau bacaan dalam talian.

Setiap hari, aset digital semakin berkembang dan bertambah, daripada satu, Bitcoin (BTC), kini 2000 jenis mata wang kripto. Walaupun wujud pendapat tentang nilai mata wang kripto yan tidak stabil, ia adalah perkara biasa bagi pelabur.

Berikut adalah perkongsian daripada usahawan kripto yang berjaya.

Vitalik Buterin

Sebelum ini, Vitalik Buterin adalah pengasas bersama Bitcoin Magazine yang kini pencipta dan pengasas bersama mata wang kripto kedua terbesar, Ethereum (ETH). Beliau yang juga pengaturcara program serta penulis mendapat inspirasi untuk mencipta ETH selepas menghadapi beberapa cabaran semasa membangunkan aplikasi blockchain BTC.

Apabila menyentuh isu tindakan mengawal selia komuniti kripto, sesetengah negara masih lagi mencari penyelesaian yang mampu membantu untuk memajukan pasaran mata wang kripto dan industri blockchain.

Menurut beliau, sikap keterbukaan dalam kawal selia perlu fokus untuk memudahkan orang awam berjual beli dengan nilai mata wang kripto yang kecil. Ia amat penting untuk pengguna bukan dari segi transaksi jual beli, tetapi juga penggunaan blockchain.

“Mata wang kripto masih lagi baharu dan jenis aset yang sukar dijangka, ia boleh menjadi tidak bernilai serta merta, jadi ukurlah baju di badan sendiri,” tweet dari beliau sebagai peringatan kepada pemilik mata wang kripto.

Charlie Lee

Charlie Lee bekerja untuk Coinbase sehingga 2013, kini pengasas dan Pengarah Urusan Litecoin (LTC), juga seorang saintis komputer. Litecoin adalah sejenis mata wang kripto yang sering dilepas pandang walaupun berada dalam tangga 10 teratas mengikut jumlah pasaran modal.

Lee pernah bekerja dengan pelbagai jenis syarikat seperti Guidewire Software dan Google, juga terlibat dalam projek YouTube Mobile dan Chrome OS. Semasa bersama Google, beliau mengenali BTC melalui sebuah artikel dan mendapat inspirasi untuk mencipta mata wang kripto LTC.

Beliau berpendapat bahawa kita masih lagi awal dalam menggunakan BTC dan LTC sebagai mata wang secara meluas.

“Saya memberi peringatan kepada pelabur supaya melabur dengan berhemah. Jangan luangkan semua simpanan anda untuk mata wang kripto kerana nilai mata wang kripto mungkin menyusut hingga 80 peratus. Saya berpendapat peningkatan kawal selia akan membantu mengurangkan ketidakstabilan yang dihadapi,” kata beliau.

See Also

Marc Andreessen

Marc Andreessen merupakan seorang usahawan dan pelabur yang disegani yang percaya dengan BTC dan teknologi blockchain. Beliau masih lagi bersikap positif walaupun keadaan pasaran yang tidak menentu.

Beliau juga percaya bahawa aset digital dan blockchain akan memperbaiki insentif bersama pengguna.

“Bitcoin masih lagi beroperasi, seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Bitcoin berjaya mengharungi segala kritikan dan spekulasi satu demi satu. Ibarat udara dan air. Sama ada anda terima atau tolak, Bitcoin tetap kekal,” dalam satu tweet beliau.

Roger Ver

Roger Ver mendapat jolokan nama ‘Bitcoin Jesus’ kerana sering berkongsi perjalanan rohani beliau sebagai pelabur awal Bitcoin dan duta awal kepada startup kripto.

Pengasas Bitcoin Cash (BCH) itu baru-baru ini menjadi tumpuan kerana perdebatan beliau bersama Dr Doom berkenaan penggunaan mata wang kripto. Ver menyatakan bahawa terdapat 100,000 laman web menerima BCH tetapi disangkal oleh lawan beliau. Sesi tersebut berakhir dengan beliau menyimpulkan bahawa mata wang kripto diperlukan kerana ia memberikan pengguna ‘financial freedom’ atau bebas dari masalah kewangan. Ianya tidak dapat dinafikan betapa pentingnya mata wang kripto dan teknologi blockchain dalam pelbagai industri. Perkara utama yang harus dititikberatkan adalah bagaimana ia hendak digunakan dan dimanfaatkan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
1
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top