Now Reading
Tawaran $5,000 Untuk Idea Kewangan Disentralisasi Anda

Tawaran $5,000 Untuk Idea Kewangan Disentralisasi Anda

DeFi Brainstorm-Techcryption-01

Pada 16 November, rangka kerja Equilibrium akan mengadakan persidangan Crypto DeFiance di Singapura serta menawarkan $5,000 kepada individu atau kumpulan yang mempunyai idea menarik dan hebat untuk aplikasi kewangan disentralisasi atau tidak berpusat.

Mereka juga akan menganjurkan pertandingan sulung idea DeFi iaitu DeFi Brainstorm 2019 sebelum persidangan berlangsung. Penyertaan dibuka daripada 1 hingga 15 November, mereka yang berminat hanya perlu menghantar maklumat hubungan, penulisan asas tentang idea projek, status terkini projek dan objektif utama seterusnya. Jika berminat sila buat permohonan di sini.

Satu pusingan undian komuniti menggunakan EOSDT – stablecoin Equilibrium yang disokong nilai USD – akan menentukan idea yang akan dibentangkan kepada ahli juri. Undian akan dibuka pada pagi persidangan berlangsung dan ditutup lewat tengah hari, peserta boleh mengundi projek dengan menghantar satu EOSDT dari satu alamat dompet tunggal. Tiga projek yang menerima EOSDT terbanyak akan dipilih untuk membentangkan konsep mereka kepada ahli juri selama sepuluh minit.

Ahli panel pakar akan memilih seorang pemenang melalui undian mereka. Apabila pemenang berjaya mencapai objektif projek mereka seperti yang dikongsi dalam permohonan penyertaan, mereka akan menerima $5,000 dalam bentuk NUT, token utility Equilibrium. (Jika undian menerima lebih daripada $5,000, tawaran geran akan ditambah!)

See Also
car 2020-techcryption

Ini adalah masa yang sesuai untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi pasaran DeFi. Peserta hanya perlukan sebuah idea yang baik untuk berpeluang memenangi pertandingan ini.

Equilibrium adalah rangka kerja pembangunan DeFi, dan EOSDT adalah produk sulung serta dalam bentuk ‘proof of concept’. Dapatkan maklumat lanjut projek di sini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top