Now Reading
‘Coachella Blockchain’: Blockshow Asia 2019

‘Coachella Blockchain’: Blockshow Asia 2019

coachella of blockchain-02

Blockshow Asia yang bakal berlangsung pada 14 & 15 November 2019 bertempat di Marina Bay Sands, Singapura diibaratkan seperti ‘Coachella’ blok rantai (blockchain). Ia mengumpulkan lebih 100 jurucakap pada program yang berlangsung selama dua hari itu, dengan dua pentas besar bersiaran langsung secara serentak.

Mengetengahkan lebih 150 rakan kongsi daripada media, Blockshow Asia menjadi sebuah persidangan yang dinanti-nantikan serta pembaharuan buat peminat blok rantai. Apatah lagi dengan atur cara yang menarik serta perspektif berbeza oleh panel profesional dari seluruh dunia.

Bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang, Blockshow Asia membawa pelbagai topik menarik yang merangkumi pembangunan teknologi, dagangan serta pelaburan, artificial intelligence (AI), permainan dan dApps serta kewangan kripto dan kawal selia.

Blockshow Asia yang membawa konsep persidangan berbeza daripada korporat itu turut bakal menghiburkan peserta dengan persembahan istimewa oleh Lil Bubble, iaitu ahli muzik kripto, penyanyi serta pencipta lagu di saluran YouTube The Crypto Bubble. Selain itu, peserta turut berpeluang untuk membina rangkaian serta hubungan ketika program berlangsung termasuk mengambil bahagian dalam pelbagai pameran yang tersedia di sana.

Bagi anda yang sememangnya mengikuti perkembangan kripto, tokoh utama seperti Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif SingularityNET., Dr Ben Goertzel, Pengarah Eksekutif Hyperledger, Brian Behlendorf serta Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Onchain Custodian, Alexandre Kech dan ramai lagi bakal menemui anda di sana.

Blockshow Asia bukan hanya menyediakan peserta dengan peluang melibatkan diri dalam persidangan yang dianjurkan, malah sebagai ‘batu loncatan’ untuk syarikat permulaan (startups) meletakkan nama mereka untuk lebih dikenali. Mereka yang berminat untuk mendapatkan peluang memperkenalkan syarikat permulaan di hadapan lembaga pelabur, 40 tiket, 9 sudut syarikat ‘startup’, 1 gerai dan 1 makan malam tertutup dengan pelabur, boleh buat permohonan di sini.

See Also

Khas buat ‘pakar’ teknologi di luar sana dan mereka yang berminat untuk meneroka lebih lagi inovasi serta trend yang sedang berlaku di seluruh dunia terutamanya berkaitan teknologi blok rantai, sila layari laman web ini untuk mendapatkan tiket dan sertai Techcryption pada Blockshow Asia 2019.

Jumpa anda di sana!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top