Now Reading
5 Suspek Curi 85 Mesin Bitcoin di Seremban Ditahan

5 Suspek Curi 85 Mesin Bitcoin di Seremban Ditahan

Four Men and A Woman Caught for Stealing 85 Bitcoin Machines in Seremban-Techcryption-01

Polis menahan lima indvidu yang dipercayai mencuri 85 mesin perlombongan (mining) Bitcoin bernilai RM40,000 di sebuah gedung di Seremban. Suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita itu ditahan dalam serbuan berbeza.

Suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 46 tahun itu bekerja sebagai pelabur, buruh pembinaan dan selebihnya merupakan penganggur. Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa Seremban berjaya merampas sebuah kereta, kenderaan pacuan empat roda serta peralatan yang digunakan untuk kegiatan mencuri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, suspek dipercayai menyewa sebuah tempat bersebelahan gudang tersebut dan menggerudi dinding konkrit gedung sebelum membawa keluar mesin berkenaan. Mesin yang dicuri itu dipercayai bertujuan untuk faedah mereka.

See Also

Dalam pada itu, menurut Mohd Said, kesemua suspek berkait rapat sebagai rakan dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kelima-lima mereka kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top