Now Reading
Bithumb Global Mengorak Langkah, Perkenalkan Bithumb Chain

Bithumb Global Mengorak Langkah, Perkenalkan Bithumb Chain

Bithumb Global Launches Open Blockchain Protocol 'Bithumb Chain-techcryption

Bithumb Global iaitu platform pertukaran berpusat yang diedarkan menyediakan dagangan mata wang kripto serta fiat secara global. Bithumb Global yang dilancarkan pada 2019 itu mempunyai ibu pejabat di Korea Selatan dan antara platform pertukaran aset digital yang paling dipercayai.

Pada Rabu lalu, syarikat itu terus mengorak langkah dengan melancarkan Bithumb Chain, sebuah infrastruktur teras yang dikatakan mampu menjadi penyelesaian kepada kes-kes DeFi sekali gus menyediakan kesalinghubungan dalam ekosistem kewangan. Teknologi itu dicipta sebagai pelengkap kepada perkhidmatan dalam pasaran sedia ada yang membantu untuk ‘menangkap’ nilai daripada ‘upstream’ dan ‘downstream’ dalam aktiviti pelaburan di Bithumb.

Selain itu, Bithumb Chain juga difahamkan menggabungkan pelbagai teknologi yang membenarkan daya maju dalam perkhidmatan rangkaian seperti protokol perkongsian keuntungan, ValueNet Domain Name System, model konsensus hibrid OBFT eksklusif, serta sistem kawalan kuasa berasaskan PK.

See Also

Bithumb Global percaya bahawa rantaian itu bakal memberi manfaat kepada ekosistem kewangan dengan menyediakan protokol terbuka tidak berpusat yang memastikan kesalinghubungan di dalam komuniti.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top