Now Reading
Pekerjaan Berkaitan Bidang Kripto Tiada Sambutan? – Kajian Indeed

Pekerjaan Berkaitan Bidang Kripto Tiada Sambutan? – Kajian Indeed

Ketika mata wang kripto masih dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi dan tidak menentu, teknologi blok rantai (blockchain) pula saban tahun menyaksikan peningkatan yang memberangsangkan.

Sebuah kajian oleh Indeed mendapati pekerjaan berkaitan bidang Bitcoin serta blok rantai menerima permintaan yang tinggi, berdasarkan carian enjin senarai pekerjaan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, sambutan terhadap pekerjaan tersebut dilihat menurun.

Sejak September 2015 hingga September 2019, kajian itu mendapati walaupun permintaan dalam industri berkenaan meningkat sebanyak 1,475%, namun minat terhadap pekerjaan tersebut hanya mengalami 469 % peningkatan. Situasi itu dipercayai susulan penganggur kurang percaya terhadap industri berkenaan.

Lima permintaan pekerjaan teratas terdiri daripada jurutera perisian, jurutera kanan perisian, arkitek perisian, ‘full stack developer’ dan ‘front-end developer’.

See Also

Pekerjaan itu selalunya berkaitan dengan kod kontrak pintar dalam penghasilan antara muka (interface) pengguna bagi aplikasi tidak berpusat (dApps) dan sistem blok rantai.

Keadaan sedemikian menggambarkan mereka yang sedang mencari pekerjaan masih belum memahami perbezaan antara mata wang kripto dan teknologi blok rantai dengan persepsi industri itu mempunyai risiko sama. Namun, secara realitinya, ia jauh sama sekali.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top