Now Reading
‘Trademark’ Zcash Dipindah Hak Milik

‘Trademark’ Zcash Dipindah Hak Milik

Tanda dagangan (trademark) Zcash, iaitu sebuah mata wang kripto bertujuan meningkatkan privasi buat pengguna; telah dipindahkan kepada sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, Yayasan Zcash – yang menyokong projek mata wang kripto secara percuma.

Zcash telah dilancarkan oleh Electric Coin Company (ECC) pada 2016, iaitu pemilik asal bagi pendaftaran tanda dagangan dan perlindungan jenama tersebut. Setelah beberapa rundingan diadakan, hak milik diserahkan kepada yayasan berkenaan bertujuan mengagihkan kuasa pusat projek itu.

Pemindahan hak milik itu adalah percuma, bagaimanapun terdapat beberapa kaveat (amaran atau proviso mengenai ketetapan, syarat, atau batasan tertentu).

Sebagai contoh, hak eksklusif ke atas tanda dangangan itu tidak boleh digunapakai. Kedua-dua pihak perlu mengesahkan penggunaan masing-masing ke atas tanda dagangan tersebut. Selain itu, penambahbaikan ke atas mana-mana rangkaian juga perlu menerima persetujuan kedua-dua belah pihak.

See Also
Marijuana Farm Goes on Blockchain as Part of $2 Billion Deal-Techcryption-01

Sekiranya ‘hard fork’ berlaku, kedua-dua pihak tidak akan dikenal pasti sebagai Zcash dan syiling akan lenyap.

Langkah yang diambil oleh kedua-dua pihak mungkin tidak akan membawa banyak perubahan, namun ia adalah terbaik bagi persefahaman bersama terhadap masa depan mata wang kripto.  

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top