Now Reading
Sesi Diskusi Trend Semasa Media Kripto di BlockShow Medialogue

Sesi Diskusi Trend Semasa Media Kripto di BlockShow Medialogue

Blockshow Asia 2019 bakal berlangsung esok. Acara yang dinanti-nantikan ini mengumpulkan lebih 2,500 peminat kripto dan blockchain dengan 100 speaker jemputan.

BlockShow 2019 bakal menampilkan nama-nama besar dalam industri seperti Changpeng Zhao, CEO Binance; Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai FinTech di Monetary Authority of Singapore; Charlie Shrem, Pengarah Pengasas Bitcoin Foundation; Dr. Ben Goertzel, CEO merangkap Ketua Saintis SingularityNET; Da Hongfei, Pengasas NEO; Thomas Lee, Rakan Pengurus dan Ketua Penyelidikan di Funstrat Global Advisors; Max Kordek, Pengasas Bersama Lisk; Julian Gordon, Naib Presiden VP Asia Pacific di Linux Foundation; Samson Mow, Ketua Pegawai Sekuriti Blockstream; dan ramai lagi.

Acara kemuncak akan bermula esok, tetapi festival telah bermula sejak Selasa lepas dan diteruskan dengan Medialogue, sebuah sidang tertutup khas untuk journalis dan nama-nama berpengaruh dalam industri media. Sidang khas itu diadakan di Oasia Hotel Downtown dengan Cointelegraph, sebuah kumpulan media bebas yang terkenal sebagai moderator.

Tiada siapa yang dapat mempertikaikan kewujudan media dalam industri kripto. Bitcoin wujud sedekad yang lalu tetapi ia mampu membentuk industri lain di sekelilingnya dengan dipacu oleh teknologi blockchain. Oleh kerana itu, industri ini berevolusi dan mencipta banyak kelebihan-kelebihan yang baru.

Oleh kerana itu, wakil media berbeza dapat berkumpul bersama untuk berkongsi pengalaman, idea serta cabaran semasa walaupun dalam industri yang sangat berdaya saing, juga sesuatu yang Cointelegraph ingin capai.

CEO BlockShow Addy Crezee menjelaskan:

“Media memainkan peranan penting dalam komuniti ini terutama dalam menyampaikan berita-berita semasa, juga berkumpul bersama untuk membincangkan isu dan potensinya. Saya berharap semua yang hadir dapat sesuatu yang berharga dalam sesi Medialogue ini.”

Tiada siapa dapat nafikan peranan media untuk mempromosikan disentralisasi dan mengenalpasti skim penipuan ketika industri ini sedang membangun. Antara topik yang dibincangkan adalah ‘Pertimbangan dan penipuan: langkah terbaik untuk kekal skeptikal’. Wakil media disarankan untuk lebih berhemah dalam penyampaian demi pelabur, penguna, dan pihak berkepentingan secara terus atau tidak untuk teknologi blockchain.

See Also

Pada masa yang sama, media kripto perlu seiring dengan kepesatan semasa dan mustahil untuk mengelak pengiklanan serta kandungan tajaan. Isu ‘pendapatan’ juga menjadi isu yang dibincangkan.

Antara isu lain adalah:

  • Blockchain untuk Media, pendaftaran, DAO dan lain-lain;
  • Pembangunan serantau, spesifikasi liputan di negara berbeza, fokus kehadiran CT;
  • Bagaimana pembaca berubah? Ketidakstabilan minat.

Kebanyakan journalis setuju bahawa media kripto ibarat sebuah rumah api untuk pasaran kripto dan blockchain, jadi adalah menjadi tugas media untuk menyampaikan maklumat yang tepat.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top