Now Reading
Crypto Defiance: Gelombang Perubahan DeFi

Crypto Defiance: Gelombang Perubahan DeFi

crypto defiance post event-Techcryption

Crypto DeFiance, sebuah program DeFi global yang mengetengahkan inovator, pemain industri pasaran kewangan, ‘developer’ DApp, pelabur berpengalaman dan peminat teknologi serta komuniti besar blok rantai, telah diadakan di Galeri Nasional Singapura, baru-baru ini.

Turut menampilkan pakar industri seperti CEO Changelly, Eric Benz; Ketua Komuniti APAC MakerDAO, Jocelyn Chang; Pengasas Bersama Crypton, Alex Koumpas; ‘Bitcoin Maximalist’ merangkap Penasihat & Pelabur Derivatif, Tone Vays; serta CEO Equilibrium, Alex Melikhov serta ramai lagi sebagai ahli panel dan jurucakap.

Hernan Arber, Pengasas EOS Israel menekankan kelebihan Decentralized Exchange (DEX), di mana beliau memulakan penerangannya menerusi kepentingan pertukaran dan kecairan, jelasnya “jika saya tidak boleh menjual, kenapa saya perlu membelinya?” Beliau menjelaskan lagi mengapa pertukaran tidak berpusat lebih baik dengan merujuk kepada kelebihan serta kekurangan pertukaran berpusat.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Kewangan Digital Global (GDF), Teana Baker Taylor pula membangkitkan kaedah terbaik bagi GDF. Beliau merujuk kepada senario pasaran token pada hari ini dan proses melombong kripto. Ketika menerangkan isu berkaitan GDF, beliau menekankan kekurangan yang terdapat dalam bahasa kebiasaan, evolusi terminologi yang diguna pakai oleh para pengawal selia. Sebelum mengakhiri penerangannya, beliau turut menjelaskan mengenai ‘code of conduct’ GDF di mana cara mereka bekerja dan mengapa ia penting.

See Also

Tidak ketinggalan pemain industri CEO Crystal Blockchain, Marina Khaustova yang berkongsikan bagaimana pematuhan perundangan kekal sebagai cabaran utama kepada penggunaan kripto dengan menyentuh mengenai kaedah transaksi baharu yang sentiasa mewujudkan jurang kepercayaan. Lebih menarik, beliau menunjukkan bagaimana pengesanan bitcoin dilakukan, bermula daripada blok rantai terawal, ke dalam rangkaian dompet dan transaksi dalam menekankan beberapa amaran untuk mendapatkan topik paling relevan. Beliau turut menunjukkan ramalan di mana aspek kawal selia akan berkembang di seluruh dunia.

Secara ringkasnya, program itu membuka ‘mata’ pengunjung terhadap perkembangan ekonomi DeFi, trend pelaburan serta pembangunan DeFi dalam EOS, Ethereum, kawal selia DeFi dan aspek teknikal pembangunan DApp, penggunaan kes dunia sebenar, penggunaan DeFi serta impaknya di negara sedang membangun termasuk aspek lain DeFi serta platform blok rantai.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top