Now Reading
DAO, Teknologi Mampan dan Boleh Dipercayai

DAO, Teknologi Mampan dan Boleh Dipercayai

Kuala Lumpur, Nov. 20: Decentralized Autonomous Organization (DAO) bukanlah sesuatu yang asing. Teknologi tersebut telah dibangunkan sejak tahun 2016 berdasarkan idea blockchain dan ciri mata wang kripto, iaitu desentralisasi. Wakil Techcryption telah menghadiri bengkel DAO yang ulung kali diadakan anjuran Bitcoin Malaysia di Found8, KL Sentral, Malaysia.

Jason Chew, wakil Bitcoin Malaysia baru-baru ini telah menghadiri satu bengkel DAO sewaktu Devcon 5 berlangsung di Osaka, Jepun. Pengalaman yang berharga serta ilmu yang bermanfaat itu telah memberikan inspirasi kepada beliau untuk berkongsi kelebihan dan keupayaan DAO di Malaysia.

Bengkel dimulakan dengan perkongsian berkenaan DAO dan kejayaan teknologi tersebut. Salah satu kejayaan DAO yang paling popular ialah Steem. Steem merupakan satu platform berasaskan blockchain yang fokus kepada sosial dan kandungan dibangunkan pada 2016. Platform tersebut merupakan program terbuka dan telah dibangunkan oleh pelbagai pihak pereka perisian (developer) dalam pelbagai fungsi dan kemahiran.

Ciri utama DAO adalah dana modal usaha niaga, lebih dikenali, crowdfunding. Berbanding cara konvensional, DAO membantu untuk mengatasi perkara seperti menetapkan kata putus dan pecah amanah oleh pihak pengurus dana. DAO mempromosikan sistem undian komuniti dan pengurusan dana secara terus tanpa campur tangan pihak ketiga.

Selain itu, Jason juga berkongsi projek DAO beliau, dan bengkel DAO merupakan salah satu daripadanya. Beliau berjaya memperolehi dana untuk ideanya, iaitu mempromosikan DAO di rantau Asia, bermula di Malaysia. Bengkel DAO seterusnya akan diadakan di Indonesia dan Thailand.

Menerusi bengkel tersebut, peserta berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti projek DAO. Menurut Jason, beliau mahu peserta turut merasai pengalaman yang pernah dialami olehnya sebelum ini. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan membincangkan satu masalah serta mencari jalan penyelesaiannya dengan menggunakan DAO. Kemudian, peserta diberikan masa untuk membahaskan projek mereka sesama sendiri.

See Also

Di akhir perbincangan, setiap kumpulan perlu membentangkan projek mereka. Projek berkenaan akan dikongsikan kepada komuniti DAO dan projek yang terpilih berpeluang untuk direalisasikan. Kumpulan yang menang juga akan menerima hadiah misteri dalam bentuk mata wang kripto.

Ketika ditemubual oleh Techcryption, Jason berharap DAO akan lebih dimanfaatkan di Malaysia. Beliau menjadi pencetus minat untuk DAO, namun perkembangan potensi sebenar terletak di tangan orang ramai sama ada ia berjaya atau tidak.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top