Now Reading
Bosan Dengan Stesen Kerja Peribadi? Jangan Risau, Ruang Kerja Ada ….

Bosan Dengan Stesen Kerja Peribadi? Jangan Risau, Ruang Kerja Ada ….

unionspace-techcryption

Kadang-kadang bosan kan duduk di tempat sama, dengan rutin yang sama. Apatah lagi jika lebih 8 jam dalam sehari, pernah rasa? Walaupun kita mungkin dikelilingi oleh rakan sekerja yang amat menyenangkan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, namun tiada yang lebih membahagiakan jika mempunyai ruang kerja peribadi yang menyelesakan tanpa tekanan.

Idea ruang kerja pada awalnya dicetuskan oleh seorang jurutera perisian, Brad Neuberg pada tahun 2005. Ruang kerja yang turut diperkenalkan adalah seperti Angel Station di London yang pertama kali dibuka pada 2005 dan kemudiannya menubuhkan lebih banyak rangkaian francais.

Sehingga hari ini, terdapat banyak ruang kerja yang telah ditubuhkan di seluruh dunia dengan pelbagai konsep dan kemudahan mengikut cita rasa pengunjung. Salah satu ruang kerja yang menawarkan konsep menarik terletak di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur adalah UnionSpace di APW Bangsar.

Diangkat sebagai ruang kerja pertama yang diiktiraf sebagai Digital Hub di Malaysia merangkap rakan kongsi bagi Techcryption Media, UnionSpace merupakan lokasi tepat buat individu atau sebuah kumpulan untuk berbincang mengenai hala tuju ke arah usahasama. Ruang kerja ini turut menawarkan gerai makanan tersendiri di samping menganjurkan parti-parti besar serta program teknologi seperti Startup Grind dan pelbagai lagi.

Memiliki 22 ruang, UnionSpace menawarkan ruang kerja bagi pelbagai kumpulan, bermula seorang individu ke entiti perniagaan yang memerlukan penyelesaian pejabat perkhidmatan tersendiri. UnionSpace dengan motonya, ‘Work Happy, Happy Life’ turut mempunyai rangkaian di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Dalam pada itu, mereka bakal melebarkan sayap sehingga ke Singapura, Kemboja dan China.

Sementara itu, pengguna yang berpuas hati akan perkhidmatan ditawarkan ruang kerja tersebut turut berkongsikannya pada laman Facebook UnionSpace:

Carmen Cascales: “Ruang kerja yang sangat cantik, persekitaran baik, dekorasi menarik dan sangat selesa, terdapat ruang untuk relaks, serta kopi dan biskut adalah percuma! Pemiliknya, Bruce seorang yang sangat baik dan sedia membantu jika diperlukan!”

Lyn-ni Lee: “Tempat ini sangat-sangat menyenangkan dan selesa sesuai dengan keperluan saya. Parkir juga murah dan pantri serta tandas disediakan di aras yang sama, semua meja mempunyai ruangan kod elektrik boleh dipasang pada ‘adaptor’ laptop dan persekitarannya adalah senyap dan tenang. Pilihan makanan juga boleh didapati di ruangan terdekat. Keseluruhannya, saya amat mencadangkannya kepada anda yang sedang mencari ruang kerja.”

See Also
New Evidence Emerged Putting XRP Under Increased Scrutiny_techcryption-01

Tze Hau Chai: “Apa yang boleh saya katakan, saya terkejut bagaimana mereka boleh mengubah sebuah gudang menjadi ruang kerja yang amat selesa. Tempat ini menampilkan pendekatan berbeza kerana berjaya menggabungkan ruangan tradisional dengan penampilan moden. Anda dapat melihat terdapat banyak tingkap yang membenarkan pancaran sinaran matahari secara semula jadi untuk mencerahkan keadaan persekitaran. Ruang kerja serta tempat yang dikongsi amat luas dan selesa. Plug elektrik juga disediakan berdekatan dan sambungan internet laju!

Apa yang pasti, UnionSpace menjaminkan yuran keahlian yang berpatutan dengan pelbagai tawaran kelebihan. Bagi mendapatkan kelebihan ini, anda boleh lawati mana-mana komuniti pengurusan UnionSpace dan mereka akan membawa anda untuk meninjau ruang kerja yang ada.

Jika anda turun ke tingkat bawah, terdapat dua buah kafe di sudut kanan di mana anda boleh mendapatkan secawan kopi pada bila-bila masa. Akan datang, terdapat banyak lagi kedai makan yang akan dibuka, jadi anda tidak perlu risau jika lapar.

UnionSpace merupakan lokasi terbaik yang perlu dipertimbangkan jika anda mencari ruang kerja selesa dan menyenangkan.”

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top