Now Reading
Perluasan Bank Kripto Switzerland ke Sembilan Pasaran Lain

Perluasan Bank Kripto Switzerland ke Sembilan Pasaran Lain

Crypto-Focused Bank Based in Switzerland Diversify into Nine Other Markets-Techcryption-01

Sebelum ini dikenali sebagai SEBA Crypto AG, SEBA Bank AG adalah bank berlesen Swiss yang menawarkan perkhidmatan mudah dan lancar antara aset digital dan tradisional. Diasaskan pada April 2018 dan menerima lesen dari Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) pada Ogos 2019.

Baru-baru ini, bank tersebut mengumumkan perancangan untuk meluaskan perkhidmatan ke serata dunia dengan sembilan negara besar seperti UK, Itali, Jerman, Perancis, Austria, Portugal, Belanda, Singapura, dan Hong Kong.

Bertujuan untuk menghubungkan perbankan tradisional dan dunia mata wang kripto dengan menawarkan perkhidmatan simpanan, pengurusan dagangan dan kecairan, pengurusan aset dan harta, transaksi perbankan, tokenisasi, dan menerima pelbagai mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Stellar XLM, dan NEO.

Pada 26 November lalu, SEBA melancarkan perkhidmatan pelaburan dengan indeks mata wang kripto. Platform itu diberi nama SEBA Crypto Asset Select Index (SEBAX) dicipta khas untuk mata wang kripto supaya dapat menyelesaikan masalah yang sering timbul melalui pasaran tradisional dan membolehkan perluasan optimum.

See Also
Qatar bans crypto trading-techcryption

Dengan perkhidmatan pelaburan kami, kami ingin memberikan pelabur tahap keselamatan yang tinggi dan mengukuhkan kepercayaan terhadap persekitaran pasaran mata wang kripto yang baru serta kompleks.

Daniel Kuehne, Ketua Pengurusan Aset SEBA Bank AG

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top