Now Reading
Paten Cisco Bakal Gunakan Blockchain Untuk Rangkaian 5G

Paten Cisco Bakal Gunakan Blockchain Untuk Rangkaian 5G

Cisco Systems Inc. dari San Jose, California bertanggungjawab membangunkan, menghasilkan dan menjual peralatan rangkaian, telekomunikasi, perkhidmatan dan produk canggih berjaya mendapatkan hak paten (dihantar pada Jun 2018) untuk menggunakan blockchain dalam penyimpanan data telekomunikasi rangkaian 5G.

Cisco dapat melihat peluang dalam teknologi blockchain untuk berintegrasi dalam rangkaian tanpa wayar untuk menambah keselamatan penghantaran mesej melalui rangkaian telekomunikasi. Mereka juga percaya platform blockchain mampu menguruskan sesi data antara perantara pengguna, seperti telefon atau laptop, dan rangkaian maya. Selain itu, teknologi baru ini akan menguruskan sebahagian pertukaran data antara rangkaian dan peranti melalui antaramuka blockchain.

Cisco adalah pembekal peralatan rangkaian gergasi yang meneroka integrasi teknologi blockchain dan Internet of Things (IoT). Pada September, Cisco bekerjasama dengan SingularityNet, sebuah syarikat menawarkan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk membina sistem AI tanpa pusat yang membolehkan AI mempelajari sesuatu melalui blockchain.

See Also

Cisco juga sedang berusaha untuk membangunkan teknologi blockchain yang mampu mencipta ekosistem lebih selamat untuk perbualan berkumpulan dalam rangkaian.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top