Now Reading
‘Stablecoin’ Tether (USDT) Masih Pilihan Utama

‘Stablecoin’ Tether (USDT) Masih Pilihan Utama

‘Stablecoin’ merupakan bentuk lain bagi mata wang kripto yang diwujudkan untuk menawarkan kestabilan harga dan disokong oleh aset rizab. ‘Stablecoin’ juga boleh disokong oleh mata wang kripto, wang fiat atau komoditi dagangan seperti industri logam.

Terdapat beberapa ‘stablecoin’ yang boleh didapati dalam pasaran ketika ini, merangkumi daripada syiling yang disokong oleh mata wang fiat, emas dan logam. Bagaimanapun, Tether (USDT) dilaporkan diangkat sebagai pilihan utama bagi ‘stablecoin’ dalam kalangan pelabur komuniti kripto.

USDT merupakan mata wang kripto yang disokong oleh nilai dolar Amerika Syarikat (AS). Meskipun dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk dua dakwaan perundangan, namun ‘stablecoin’ itu tetap mendapat penerimaan yang meluas.

Selain itu, USDT juga telah dipindahkan ke blok rantai baharu, TRON dan diperluaskan ke pelbagai pertukaran yang sekali gus menyaksikan perkembangan pasaran kripto. Dalam pada itu, USDT juga berjaya mengembangkan bekalannya lebih daripada $4 bilion pada tahun ini.

See Also
$16K to Be Won in Blockchain Contest in Dubai-techcryption

Pasaran saham USDT milik Tether kekal berada atas 97% walaupun menerima persaingan sengit daripada ‘stablecoin’ lain dan dilaporkan tidak pernah mengalami kerugian besar selain kejatuhan harga sebanyak $0.85 pada akhir tahun 2018.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top