Now Reading
Tribe Accelerator Umum Sembilan Startup Baharu

Tribe Accelerator Umum Sembilan Startup Baharu

tribe startup-techcryption

Tribe Accelerator adalah pemangkin yang disokong kerajaan Singapura untuk menjadi platform utama dalam menggalakkan kerjasama dan perkembangan ekosistem startup. Startup yang berpotensi akan dibantu untuk membina perkhidmatan berinovasi dengan korporasi global, agensi kerajaan dan syarikat blockchain terkemuka.

Jelajah Demo Global menandakan fasa akhir program mereka, di mana portfolio mereka akan dikongsi ke pelbagai jenis pusat serata dunia.

Kumpulan pertama mereka terdiri daripada portfolio yang pelbagai daripada sektor Rantai Logistik & Bekalan, Data & Komunikasi, FinTech & InsurTech, dan juga Tenaga & Pelestarian. Demo tersebut berlangsung di Singapura, diikuti Shanghai, Seoul, dan San Fransisco.

See Also
Farmer Connect Hopes to Boost Blockchain Coffee-01

Kini, kumpulan kedua startup diumumkan, Tribe Accelerator telah membantu syarikat dalam mendapatkan dana sebanyak $21.5 SGD (kira-kira RM 65.6 juta). Berikut adalah startup yang terpilih:

  1. Affle, syarikat teknologi global dengan platform pintar pengguna yang mampu melakukan interaksi pengguna, perolehan dan transaksi melalui Pengiklanan Mudah Alih.
  2. Aid:Tech, sebuah startup dari Ireland menawarkan perkhidmatan blockchain untuk program kebajikan dan khidmat sosial.
  3. Aqiliz, sebuah platform pemasaran blockchain yang bertujuan untuk memperbaiki kepercayaan, ketelusan dan kemudah pasaran digital
  4. Bluezelle, startup dari Singapura dan Kanada yang menawarkan pangkalan data terbuka yang fokus untuk menyelesaikan isu industri data.
  5. Dimuto, sebuah perkhidmatan teknologi dagangan yang memajukan Collaborative Commerce untuk membekalkan rantaian bekalan syarikat global.
  6. Eximchain, startup dari Singapura yang menawarkan platform rantai bekalan untuk pelbagai jenis syarikat.
  7. Pilab, sebuah syarikat penyelidikan berasaskan blockchain dari Korea yang membangunkan perisian serba boleh untuk membantu komunikasi dan pengurusan data.
  8. Torus, perkhidmatan pengurusan kunci peribadi yang membolehkan pengguna log masuk melalui Google atau Facebook.
  9. WhiteCoat, menawarkan perkhidmatan kesihatan digital yang dipercayai dan berkualiti secara mudah, mampu dan sesuai mengikut masa dan lokasi.
What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top