Now Reading
Libra, penceroboh atau pelindung Dolar AS?

Libra, penceroboh atau pelindung Dolar AS?

Mata wang digital semakin mendapat perhatian dan pelbagai syarikat berusaha untuk masuk ke dalam pasaran ini. Bagi sesetengah syarikat, teknologi blockchain digunakan untuk operasi dalaman seperti JPM Coin berasaskan Quorum, ICE bersama Microsoft, Starbucks dengan Kt Boston Information Group, Bakkt dan banyak lagi.

Berdasarkan senarai di atas, institusi kewangan yakin dengan kemampuan teknologi blockchain yang dibawa mata wang kripto. Selain itu, syarikat pelbagai saiz juga tidak ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan blockchain mereka. Oleh kerana itu, mata wang kripto mengalami isu penggunaan yang konservatif oleh syarikat-syarikat ini. Walaupun pelbagai jenis mata wang kripto diperkenalkan, ia masih tidak mencukupi termasuk pengaruh yang dibawa Bitcoin dan Ethereum.

Penggunaan teknologi blockchain jelas mendapat perhatian tetapi bukan penggunaan mata wang kripto dalam kehidupan harian. Kelemahan Bitcoin menjadi punca kesukaran ia untuk digunakan sebagai mata wang arus utama, namun jasa Bitcoin memainkan peranan untuk transaksti tanpa pusat tidak dapat dinafikan. Bayangkan, pelbagai mata wang kripto bersatu, sudah tentu ini akan mengancam sistem kewangan sedia ada. Mata wang kripto sentiasa menjadi sasaran pihak kawal selia ditambah lagi dengan persaingan sesama sendiri. Seharusnya orang tengah dilantik untuk menjadi perantara bagi mengatasi isu ini. Libra merupakan calon terbaik.

Mark Zuckerberg adalah seorang usahawan yang bijak dan berpandangan jauh. Selepas Facebook menjadi pemain gergasi dalam industri, beliau tidak berhenti di situ. Beliau membesarkan lagi Facebook dengan mengambil alih Instagram dan Whatsapp. Menurut pendapat sesetengah pakar analisis, tindakan Facebook ini adalah untuk memonopoli pasaran. Ini kerana, apabila digabungkan maklumat yang dimiliki oleh tiga syarikat ini akan mengukuhkan lagi kewangan mereka. Tindakan ini menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak, namun tidak diendahkan oleh Facebook. Pada bulan Jun 2019, Facebook mengumumkan mata wang kripto mereka, Libra.

Pengumuman Libra membuatkan industri kripto berbelah bahagi. Pemaju dan pelabur risau akan perkhidmatan dagangan Libra, manakala pihak kawal selia dan perundangan cemas dengan perkembangan Facebook dalam idnsutri kripto. Mereka sedar potensi Libra untuk ‘menjadi pencabar mata wang dolar AS’. Ketika laporan suku ketiga untuk tahun 2019, dianggarkan pengguna harian Facebook, Instagram, Whatsapp atau Messenger (perkhidmatan ‘Family’) sebanyak 2.2 bilion dan anggaran 2.8 bilion pengguna menggunakan salah satu perkhidmatan ‘Family’ setiap bulan.

Melihat dari perspektif tradisional pula, mata wang sentiasa menjadi lambang kedaulatan sesebuah negara terutamanya jika ia mempunyai nilai pasaran yang besar. Facebook memiliki pengguna sebanyak 2.2 bilion, jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan penduduk AS iaitu sebanyak 320 juta malah dua kali ganda dengan penduduk di China. Pulangan tahunan Facebook telah meningkat dari $1.13 bilion pada tahun 2011 ke $17.65 bilion pada tahun 2019, bersamaan dengan kadar peningkatan sebanyak 165.21%. Kita tidak dapat menganggarkan berapa ramai pengguna Bitcoin, tetapi daripada data CoinMarketCap, nilai Bitcoin mencecah $136.2 bilion. Andai dibandingkan dengan Libra, pasaran lebih percaya dengan Libra. Untuk Libra mengatasi Bitcoin bukanlah satu perkara yang sukar malah Libra mampu menggugat asas pasaran kewangan sekarang.

Teknologi Libra

Semasa Libra dalam perancangan, Zuckerberg bersama ahli pasukannya telah mengambil permasalahan sedia ada dalam blockchain untuk dijadikan rangka kerja. Dalam Kertas Putih Libra, ia bakal menjadi ‘mata wang global’. Misi Libra adalah untuk menjadi mata wang global mudah dengan infrastruktur yang mampu membantu orang berbilion yang disokong oleh bekalan statutory. Mata wang yang terlibat adalah Dolar AS, Yen Jepun, Euro, Pound British, dan Dolar Singapura. Penguasaan Dolar AS adalah 50%.

Dari segi teknikal, Libra disokong oleh dua jenis teknologi iaitu program Move dan Byzantine Fault Tolerance (BFT). Program yang digunakan untuk Kontrak Pintar Ethereum adalah Solidity. Ia berfungsi untuk melaksanakan aplikasi dan melindungi aset. Insiden pecah masuk keselamatan DAO berpunca kerana dua sebab:

  1. Kawalan kontrak bergantung kepada beberapa perkara boleh ubah yang sepatutnya dikemaskini sebelum berinteraksi dengan kontrak (luaran) lain;
  2. Tiada had gas ketika menguruskan aliran kawalan ke kontrak lain untuk mencegah isu keselamatan.

Program Move mengasingkan data daripada aset yang akan diproses. Ia berfungsi untuk melindungi aset supaya tidak hilang melalui kelemahan Kontrak Pintar. Mekanisma PoS digunakan Libra, dan hanya konsortium Libra yang berfungsi sebagai node. Pengesahan node adalah berasaskan BFT, dikenali sebagai LibraBFT. Rangka kerja ini akan mampu untuk beroperasi dengan rantaian BFT yang lain.

AS, Dolar AS, Libra

Selepas pengumuman Libra, pakar undang-undang dan kawal selia berasa bimbang. Sebelum ini, Bitcoin sering digunakan untuk aktiviti dan transaksi haram seperti pengubahan wang haram, pendanaan pengganas, peras ugut dan jenayah lain yang tidak dapat dikesan oleh agensi berkuasa. Projek palsu juga berleluasa untuk menipu pelabur dengan sesuatu yang tidak wujud. Oleh itu, rangka kerja Libra hendaklah memenuhi kriteria pihak kawal selia.

Semasa testimoni dijalankan, Pengerusi Water berkata, “Facebook mengubah peraturan berdasarkan kepentingannya. Tahun lepas, Facebook mengharamkan iklan mata wang kripto di platform mereka kerana dikaitkan dengan berita palsu. Walau bagaimanapun, awal tahun ini, Facebook membenarkan semula iklan-iklan ini dan mengumumkan mata wang kripto sendiri”. Jelas menunjukkan Badan Penasihat melalui pengerusinya tidak berpuas hati dengan tindakan Facebook. Ianya berpunca daripada kebocoran 50 juta data pengguna Facebook kepada Cambridge Analytica. Selain itu, kemampuan Facebook untuk menjadi platform propaganda politik dan mempengaruhi pilihanraya.

Sewaktu testimoni, Zuckerberg berkata, “kami akan memenuhi keperluan pihak kawal selia sebelum melancarkan Libra”. Tindakan yang sentiasa digunakan oleh Zuckerberg untuk mengatasi masalah dengan pihak berkuasa. Libra masih lagi dipertikaikan oleh pelbagai pihak, apa yang penting adalah tindakan Zuckerberg untuk kebaikan AS.

Pertama, tetapkan standard mata wang kripto AS

Semasa sesi kongres Libra, Zuckerberg jelas akan bekerjasama dengan pihak kawal selia AS sebelum dilancarkan. Walaupun mata wang kripto boleh didagangkan di sesetengah negeri di AS, ia masih belum mendapat persetujuan persekutuan. Mata wang kripto masih belum mendapatkan kepercayaan pihak kawal selia. Jika Libra diluluskan, ia akan menjadi penanda aras untuk pembangunan akan datang. Spesifikasi yang ditetapkan oleh AS akan mengurangkan risiko dan bermanfaat untuk Libra.

See Also

Kedua, bersaing dengan RMB digital

Semasa sesi kongres, Zuckerberg berkata, “selepas kami memuat naik Kertas Putih Libra, China serta merta mengumumkan kerjasama antara syarikat awam-swasta untuk melanjutkan lagi rancangan RMB digital sebagai inisiatif ‘belt and road’ mereka yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi”. Berdasarkan perkembangan itu, Zuckerberg menyangka AS akan memiliki mata wang kripto sendiri bertaraf antarabangsa untuk bersaing dengan RMB, mungkin melalui Libra.

Ketiga, membina asas model kewangan akan datang

Terdapat andaian bahawa Zuckerberg mempromosi Libra selepas kebocoran data pengguna, jadi ia merupakan langkah untuk menjaga imej Facebook. Libra berpotensi kerana ia adalah kewangan tidak berpusat (DeFi), disamping mengurangkan caj tinggi merentas sempadan, beroperasi melalui rangkaian dan memudahkan kiriman wang. Selain itu, trend sebegini semakin mendapat perhatian. Penubuhan Libra dalam satu tahap mempunyai peranan seperti bank yang meningkatkan kecekapan, kepantasan dan ketelusan pengurusan pindahan aset. Dalam transformasi kewangan, Libra seharusnya menjadi pewaris Dolar AS.

Kesimpulannya, posisi Zuckerberg ketika sesi kongres menunjukkan bahawa Libra bersifat mesra kerajaan AS terutama dalam menetapkan polisi yang memberi kelebihan kepada Dolar AS. Apabila ia mula beroperasi, melalui pelan strategi global pasti menjadi situasi menang-menang untuk Libra dan Dolar AS.

Kerajaan AS bimbang tentang dominasi Libra ke atas polisi kewangan yang dikemukakan oleh ahli perniagaan dan pemimpin kebangsaan. Perang dagangan antara AS dan China telah berakhir tetapi perang mata wang tetap berlangsung. Pada 1930, Britain, Perancis, dan AS memperoleh tukaran wang asing melalui penyusutan nilai mata wang mereka untuk pasaran dunia. Selepas Perang Dunia II, sistem kewangan dunia berpusat di AS ditubuhkan. Jika Libra tidak dapat menjaga kepentingan negara, ia hanya akan menjadi ancaman.

Kebanyakan komuniti kripto mengalu-alukan kedatangan Libra, tetapi dalam satu kajian bertajuk ‘Social Media Monopolies and Cryptocurrencies: Facebook’s Proposed Coin’ menyatakan bahawa mata wang kripto Facebook mampu berjaya kerana rancangan Facebook untuk mata wang kripto ini tidak seperti mata wang kripto sedia ada. Libra boleh dilihat sebagai alat untuk menyatukan mata wang tradisional dan bukan tradisional. Pada masa yang sama, ia berfungsi sebagai mata wang kripto dan berfungsi mengikut kawal selia kerajaan. Libra mempunyai potensi untuk menjadi mata wang global. Menurut analisa semasa, Libra bakal membawa perubahan positif terhadap mata wang AS, namun hanya selepas mendapat kebenaran Badan Perundangan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top