Now Reading
Gandingan Bitfinex-Bitrefill, Realisasikan Pembayaran Bitcoin Menerusi ‘Lightning Network’

Gandingan Bitfinex-Bitrefill, Realisasikan Pembayaran Bitcoin Menerusi ‘Lightning Network’

Berita baik buat pengguna platform pertukaran aset digital, Bitfinex, kerana kini mereka dapat berbelanja menggunakan Bitcoin daripada akaun dompet untuk membuat belian dengan pilihan lebih dari 2,000 kad hadiah digital dan tambah nilai telefon pintar menerusi pembaharuan servis sambungan‘Lightning Network’.

Bitfinex menerusi kerjasama dengan pembekal kad hadiah digital serta pengisian semula telefon pintar, Bitrefill menggunakan teknologi Bitcoin untuk membenarkan pengguna melakukan pembelian menerusi proses B2B yang terdapat pada ‘Lightning Network’.

Pembelian bukan sahaja terhad kepada kad digital hadiah, malah pengguna berpeluang menggunakan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran untuk pelbagai perkhidmatan termasuk permainan, makanan, hiburan dan pelancongan serta mereka akan menerima kod baucer dengan segera.

Pembelian tersebut akan diselesaikan oleh kedua-dua firma secara automatik menerusi persediaan saluran Lightning tersendiri.

Dalam pada itu, inisiatif kerjasama itu adalah bertujuan mengatasi segala kekurangan yang terdapat pada ekonomi sekeliling Bitcoin dengan mengintegrasi katalog Bitrefill ke dalam laman web Bitfinex.com di samping memanfaatkan kecanggihan yang terdapat pada Lightning Network.

Kolaborasi ini sebagai petanda era baharu bagi pelaburan Bitcoin. Kami akan terus berganding bahu dengan Bitfinex dan bisnes lain untuk mengembangkan penyelesaian Lightning serta produk bagi menjadikan kripto sebuah realiti.

See Also
Luno Exchange-techcryption

John Carvalho, CCO Bitrefill

Menurut John Carvalho, CCO Bitrefill, mereka percaya bahawa aktiviti pertukaran pada Lightning Network merupakan persediaan awal bagi memasuki gelombang mengadaptasi serta mewujudkan ekonomi yang seiring dengan Bitcoin.

Nada sama turut dilontarkan Paolo Ardoino, CTO Bitfinex yang mengatakan bahawa,”penggunaan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran melambangkan satu peristiwa penting dalam anjakan paradigma penggunaan kripto secara meluas.”

Bitfinex dan Bitrefill pada awal tahun ini antara yang terawal meneroka perkembangan teknologi sumber terbuka yang membenarkan token berfungsi dalam Lightning Network berdasarkan protokol RGB.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top