Now Reading
Syarikat ConsenSys Milik Ethereum di India, Filipina Ditutup

Syarikat ConsenSys Milik Ethereum di India, Filipina Ditutup

Diasaskan oleh Joseph Lubin dan mempunyai ibu pejabat di Brooklyn, ConsenSys merupakan teknologi perisian blok rantai yang bergerak di atas platform Ethereum. Mula beroperasi pada 2014, firma berkenaan kini mempunyai 30 cawangan di seluruh dunia dan baru-baru ini, cawangannya di Filipina serta India dilaporkan telah ditutup.

Memetik laporan CoinDesk semalam, Lubin telah menghantar satu emel berhubung penutupan operasi tersebut kepada pasukan terlibat dan salah seorang daripada tujuh staf di India mengesahkan perkara tersebut. Sementara itu, operasi di Filipina enggan mengulas dan meminta untuk merujuk perkara berkenaan ke ibu pejabat di Brooklyn.

Jurucakap ConsenSys, Kara Miley memberitahu bahawa terdapat 11 jawatan dilucutkan di kedua-dua negara bagi memperbaiki pemasaran serta perkhidmatan. Kedua-dua cawangan itu dikatakan sedang membangunkan beberapa projek besar antaranya penjagaan kesihatan, hak milik tanah, program pendidikan dan rangkaian pembayaran antara bank berasaskan blok rantai walaupun kekurangan tenaga kerja.

See Also
car 2020-techcryption

Firma itu telah berkembang menjadi pemacu global bagi ‘developer’ bertaraf dunia, usahawan, pemimpin perusahaan dan pakar keselamatan yang bekerjasama untuk menggariskan asas-asas untuk masa depan yang tidak berpusat. Walaupun operasi di India dan Filipina ditutup, namun ConsenSys terus berkembang dengan pelaburan berterusan dan berjaya mengambil alih Infura.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top