Now Reading
Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Casper Ethereum

Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Casper Ethereum

Mula dikonsepsikan oleh Vitalik Buterin pada 2013, Ethereum merupakan sebuah kontrak pintar, platform blok rantai awam yang membenarkan ‘developer’ untuk menghasilkan aplikasi tidak berpusat (dApps). Sementara itu, Casper pula merupakan kaedah pelaksanaan yang kelak akan menukarkan Ethereum ke dalam blok rantai Proof of Stake (PoS). Menerusi pelaksanaan Casper yang turut dikenali sebagai Ethereum 2.0, blok rantai Proof of Work (PoW) sedia ada tidak lagi akan digunakan dan perlombongan (mining) juga tidak akan tersedia di dalam platform berkenaan.

Terdapat dua ‘developer’ yang terlibat di dalam pembangunan projek berkenaan iaitu Casper CBC (Correct-by-Construction) dan Casper FFG (Friendly Finality Gadget). Casper CBC yang dicadangkan oleh penyelidik Yayasan Ethereum, Vlad Zamfir itu fokus terhadap protokol PoS bagi blok rantai awam dan telah berkembang ke dalam bidang kajian yang lebih luas, merangkumi pelbagai model PoS. Dalam pada itu, Casper FFG pula diketuai oleh pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin dan menumpukan sistem hibrid PoW/PoS.

Bagaimana Ia Berlaku?

Dikenali sebagai kemas kini ‘Serenity’, Casper mempunyai tiga fasa dan kini berada pada fasa 0. Dalam fasa ini, sebuah blok rantai baharu digelarkan Beacon Chain akan dilancarkan dan Casper FFG akan memacu mekanisma konsensus bagi blok rantai baharu berkenaan. Selain itu, proses ‘mining’ pula akan dihapuskan menerusi pelaksanaan Casper dan proses pengesahan transaksi pula akan dilakukan oleh ‘validator’ berdasarkan ‘stake’ pelabur.

Kelebihan dan Kekurangan Casper

Seperti diketahui, blok rantai PoW mengambil masa lama dan membazirkan sumber tenaga. Oleh itu, menerusi pelaksanaan Casper, Ethereum akan menjadi sebuah platform yang mesra alam sekitar. Di samping itu, Casper juga akan mewujudkan aspek keselamatan di dalam rangkaian Ethereum memandangkan ia akan bertindak sebagai ‘bookkeeper’ bagi lejar dan sebarang aktiviti haram lain akan didenda dan dihapuskan serta-merta.

See Also

Bagaimanapun, sekiranya batasan teori tetap menjadi penghalang utama, Casper dijangka tidak akan dapat memuktamadkan blok apabila sistem pengesahan Ethereum terjejas. Selain itu, memandangkan projek itu kini masih di bawah perancangan, pembangunan dan pelaksanaan, Casper terdedah dengan 51 % ancaman ditambah lagi aspek kecekapan dan sekuriti yang tidak dapat dikenal pasti lagi.

Diketahui umum bahawa Ethereum kini giat memindahkan blok rantai PoW ke PoS, di mana ‘mining’ akan sepenuhnya dihapuskan, dan digantikan dengan syiling ‘staking’. Oleh itu, Casper merupakan projek terbaik dibangunkan oleh Ethereum yang akan membantu mewujudkan asas kepada kemajuan rangkaian Ethereum 2.0. Dalam pada itu, adaptasi dan pelaksanaan Casper juga dijangka boleh digunakan oleh platform blok rantai lain pada masa hadapan.

Penyelidik Ethereum, Justin Drake sebelum ini memberi bayangan bahawa Casper akan dilancarkan pada tahun hadapan pada tarikh sama Bitcoin diwujudkan, 3 Januari 2020. Maka, ini lah masanya untuk bersedia dan menunggu pembangunan baharu oleh Ethereum yang akan kunjung tiba tidak lama lagi di dalam ruang kripto.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top